Tuesday, August 10, 2010

Tentang Dia

Hari ini sementelah saya cuti sakit ( sungguh tak tipu wahai Cik Kentang yang hampir mengamuk di subuh hening sbb kena memanjat tangga kereteapi kesan dari saya cuti sakit, cuma idoklah saya terlentang bed ridden di atas katil berkelip2 sementara menunggu ada yang sudi menyuap sesudu demi sesudu bubur ayam McD), saya terpikir untuk menulis sesuatu.

Saya nak bercerita tentang seseorang.  Saya mengenali dia sejak kecik, cukup kecik.  Kami membesar bersama-sama. & dia adalah abang ketiga kesayangan saya.  Membersar dalam keluarga yang besar dimana saya ada pilihan 4 abang dan 4 kakak untuk pilih satu yang paling saya kagumi, saya pilih dia. Gap umur kami agak besar iaitu 14 tahun tapi antara kami ada satu bond yang amat kuat.  Saya amat mengagumi dia & mungkin dia orang ketiga yang saya kagumi selepas pak & mak saya. 

Memory2 terawal yang melibatkan saya & abang saya bersama yang masih saya ingat ialah akiviti menanam sayur di belakang rumah makpak kami.  Aktiviti ni berlangsung sementara dia menunggu keputusan keputusan SPM atau STPM.  Abang saya memang sangat rajin,  jarang sekali dia membuang masa macam remaja2 sebaya dia.  Saya kerap membantu dia di kebun dan dari situlah saya belajar makan kacang panjang mentah & itulah satu-satunya benda hijau yang saya berjaya memasukkan ke mulut saya tanpa perasaan syak wasangka bertahun2 berikutnya sehinggalah 3 tahun kebelakangan ini. 

Apabila dia berjaya masuk ke universiti, setiap kali cuti panjang pasti dia akan buat sesuatu.. ada masanya dia menternak ayam, ada masanya dia membuat design t-shirt dan kami sekeluarga akan membuka gerai menjual t-shirt di pesta pantai (satu pesta besar di tempat kami satu masa dulu).  Dan aktiviti2 segitulah yang merapatkan hubungan kami sekeluarga, we had so much fun walaupun letih giler.  Makpak saya walaupun orang kampung tapi cukup memberi sokongan mereka & sama2 terlibat dalam aktiviti2 kami orang2 muda.

Abang saya jarang sekali meghampakan saya dan begitu gak pada makpak saya.  Semasa dia di universiti, hampir setiap minggu dia akan mengantarkan saya poskad.  Paling saya suka poskad2 gambar monyet pelbagai gaya.. sayang sungguh saya tak tahu menghargai, kalau tidak, itulah barang2 berharga yang pasti saya simpan sampai sekarang tapi maklumlah umur saya baru 5 atau 6 tahun masa tu.. poskad yang sampai pun orang yang tolong bacakan  (Fakta: saya bukan budak pandai sejak kecik, saya hanya tahu membaca semasa umur 7 tahun).

Apabila dia cuti semester, antara aktiviti2 yang kami buat ialah menonton wayang (wayang pertama yang saya tonton dalam hidup saya adalah cerita Adik Manja bersama abang saya; hanya kami berdua saja.   Lagi2;  mandi sungai (dialah orang yang mengajar saya berenang sampai pandai), bina rumah pondok untuk saya (haha.. Cik Kentang, walaupun saya tomboi masa kecik tapi saya ada rumah pondok ok.. siap dengan dapur lagi), bina rumah pokok (this is the best binaan, kami spend banyak masa kat atas pokok & selepas dia habis cuti & pulang ke universiti,  hampir setiap hari selepas balik dari sekolah tadika saya akan spend masa saya di atas rumah pokok kami).  

Bila saya sudah tahu membaca, tugasan membaca surat dari abang kepada makpak diserahkan kepada saya (Fakta2: makpak saya orang kampung; membacapun tak lancar maka kami adik beradiklah yang mengambil alih tanggung jawab membaca segala surat menyurat yang sampai kerumah).

Dari semasa ke semasa, abang saya semakin dewasa dan adakalanya abang saya membawa balik kawan2 perempuan apabila cuti semester. Kebanyakkannya sayang saya (agak saya lah, tak tahulah kot-kot dia orang berlakon) & sayapun sayang dia orang sebab saya tahu abang saya sayang dia orang.  Semasa umur saya 10 tahun, abang saya bertunang dengan gadis pilihan dia tetapi akhirnya putus di tengah jalan 2 tahun kemudiannya).  Abang saya melangsungkan perkahwinan dengan kakak ipar saya semasa saya berumur 13 tahun, selepas 6 bulan arwah pak saya meninggal dunia.  Saya akui saya merasa agak terpukul, mungkin kerana saya baru kehilangan abah, kemudian abang pulak memulakan hidup baru bersama keluarga baru.  Hubungan kami menjadi suam-suam kuku sepanjang saya di sekolah menengah.

Apabila saya berjaya masuk ke universiti, abang yang sebelum itu bertugas di Sarawak selama 5 tahun pulang ke semenanjung.  Hubungan kami rapat semula secara perlahan2.  Kami mula bercerita cerita2 peribadi antara kami.  Kadang2 abang datang melawat saya di hostel, kadang2 kami keluar berdua2, kadang2 saya melawat dia di tempat dia bekerja dan selalunya saya melawat keluarga abang saya di rumahnya.  Dialah orangnya yang saya pilih mengantikan tempat arwah abah semasa hari graduasi saya dan dialah orang yang saya pilih setiap kali saya perlukan nasihat dalam apa jua isu.

Hari ini, abang saya sudah menjangkaui usia 50an, dan saya akan memasuki usia 40an dalam masa beberapa tahun lagi.  Saya dapat merasakan yang kami semakin rapat. Hubungan kami lebih mengarah ke dua hala berbanding 20 tahun lepas.  Kalau dulu dia lebih banyak memberi & saya lebih banyak menerima tetapi sekarang kedua2nya seimbang. Kalau dulu, dia lah yang menelefon saya apabila dia dapat merasakan yang saya kurang sihat (he always had this instinct selain mak saya) tetapi sekarang saya sudah mula mendapat instinct yang sama.  Abang saya memang menghadapi masalah kesihatan dari kecik & yang paling rumit ialah cuma lebih kurang 65% paru-parunya masih berfungsi).

Minggu lepas, tiba2 saya saya dapat rasakan yang saya sangat2 rindukan dia.  Bila saya menghantar message, abang pun kata dia asyik terfikirkan saya sehari dua sebelum itu.  Kami buat janji temu iatu sehari selepas saya menonton CTM..  dan sebenarnya itulah kali pertama kami keluar berdua selepas saya hidup dengan Encik D.  Bukannya Encik D menghalang, malahannya Encik D cukup faham yang saya sangat sayangkan abang saya, cuma adakalanya saya terleka tentang keistimewaan hubungan saya dan abang.  Dan bukannya kami tak pernah bertemu langsung, kami kerap bertemu apabila mengunjungi keluarga masing2 tetapi ianya tidaklah sama; memang ada banyak ruang kosong antaranya.  Abang datang menjemput saya selepas waktu pejabat dan banyak yang dapat kami bualkan.  Saya dapat rasa ada perkara yang buat abang saya sedih kebelakangan ini dan banyak yang kami kongsikan di hari tu.  Satu nasihat saya pada abang yang banyak berkorban pada orang2 sekeliling.. Saya cuma mahu dia gembira kerana itulah yang dia mahu saya rasa kalau kami bertukar tempat.

Message akhir dari saya pada abang saya yang bernama Borhanuddin; saya sangat2 sayangkan dia.  Peace..

1 comment: