9 hari selepas raya..
saya dah balik ke KL.. selepas beraya di kedua2 umah makmetua & mak. Idoklah sakan mana raya saya tetapi demi menjaga hati semua pihak terutama hati diri sendiri (tak sanggup saya menghadapi raya tanpa menatap rupa paras ahli keluarga saya), makanya setiap kali raya kami akan balik ke dua-dua kampung.
Di kampung pertama iaitu kampung makmetua, dia orang beraya sakan.. dari pagi sampailah tengah malam. Nak tak nak terpaksalah ikut dengan muka yang cuba dimanis2kan. Dalam pada itu, mata saya sentiasa meleret ka arah Encik D dengan harapan message yang di hantar akan di terima dengan jelas & terang iaitu 'jomlah balik'. Tapi hasil dari penyelidikan saya, pabila berkunjung ke rumah orang, Encik D akan berusaha untuk tidak bertembung mata dengan saya untuk mengelakkan dirinya di belenggu rasa bersalah atara tidak mahu balik emaknya & mahu balik bininya.. ngeh ngeh.
Di kampung kedua iaitu kampung saya, kami cuma berkunjung ke 4 buah rumah selama 5 hari kami di sana.. iaitu rumah2 yang wajib sahaja & satu drnya (umah pakcik depan rumah) kami berkunjung sambil memakai baju tidur. Masuk di hari ke4, Encik D menrungut bosan & takde peluang dia nak memakai baju raya dia. Akhirnya kami ke kopitiam sebelum singgah di pantai supaya Encik D berpeluang memakai baju raya dia. Di hari terakhir kami di kampung, kami keluar makan2 bersama family & juga ke pantai lagi untuk bermain layang2. Bermakna sungguh raya saya.
2 event penting semasa raya:
1. Makan. Saya memang banyak makan sepanjang raya kali ini. Saya dapat rasakan perubahan diri saya terutama bila satu baju saya tidak boleh di pakai langsung & org2 sekeliling kerap mengomen yang saya lebih elok berisi seperti sekarang ni dari kurus kerempeng macam dulu. Adakah ini satu sindirin atau komen yang ikhlas? Haha...
2. Tidur. Apabila tak ada aktiviti lain saya akan tidur atas alasan saya tak dapat cukup rehat sepanjang bulan puasa; 2 minggu terakhir di bulan puasa saya sering bekerja hingga lewat malam nak siapkan report yang harus di siapkan sebaik masuk office selepas cuti raya. Agak2 saya, taktik saya berkesan.
Dan besok saya akan mula berkerja. Makanya selepas ini saya akan mendodoikan diri saya sekejap kerana saya pastinya memerlukan tenaga yang banyak apabila sessi pekerjaan bermula. Dalam pada itu, apa lah komen rakan2 satu office saya nanti melihatkan saya yang semakin montel.. pertambahan berat 4kg dalam masa 2 minggu. Pencapaian berat yang paling hebat sepanjang saya bergelar orang.
sungguh menyampah tauuuu...kenapa la belog ni selalu tak di hapdate kan kat blog list? guna kalendar negara mana ni..?
ReplyDeleteduit raya mana???
ish sungguh tak sopan.. menggunakan belog orang lain untuk melepaskam amarah diri..
ReplyDeleteduit raya.. ish, siapa dapat bonus..
muahahhahahhahahah......nnt sambung lagik komen..ngeh ngeh
ReplyDeleteada ke boleh macam gitu cik me-cnor? macam drama bersiri
ReplyDelete