Memandangkan kawan2 nun di sana beria2 menghapdate entry masing2, saya pun tidaklah mahu kalah sementelah lagi membacakan entry cik me_cnor yang berkajang-kajang panjangnya. Terharu sungguh saya dengan kesungguhan beliau menghapdate entry beliau.
Update1:
Beberapa minggu lepas saya mendapat hadiah handphone baru yang mempunyai kemudahan melayari laman sesawang secara mobile. Udahkan orang bagi, janganlah tak diguna kan.. Sebulan pertama, saya tidak mengambil package Data Transfer (internet mobile) di sebabkan saya rasa kurang perlu tetapi bil telefon saya melonjak sehingga RM500 . Licik sungguh service provider ataupun saya ni tak bijak matematik?. Kekononya murah, 10KB for RM0.05.. idoklah saya tahu membuka 1 gambar raya orang di dlam FB boleh mencecah sehingga 1MB iaitu berkadaran dengan RM5. Dan di sebabkan membuka FB setakat sejam dua sepanjang cuti raya udahpun kena RM500. Moralnya jangan tertipu bila baca tawaran2 murah dari service provider anda, ambillah calculator anda & mulalah mengira kerana sungguh tak berbaloi dengan melihat gambar raya orang lain anda di kenakan cas RM500. Sekarang ini saya sudah menjadi pelanggan Data Transfer package (internet mobile) secara kurang rela. Berbaloi atau tidak tidaklah dapat di kenal pasti lagi sebabnya setiap kali saya cuba melayari laman sesawang sambil Cik Kentang memandu kereta bersambil pula dia bercerita, kepala & mata saya berpinar-pinar.. screennya kecik mah, di tambah lagi dengan suara latar Cik Kentang di belakang sana.
Update2:
Rakan2 di kantor are making fun tentang saya punya kekembangan bagaikan keropok sejak2 akhir2 ni. Seronok jugak sebab semua orang bagaikan tak dapat membayangkan yang badan saya mampu mengembang selama ni. Mula2nya semuanya cuba berkata secara sopan santun saya kelihatan lebih elok sejak saya put some weight tapi secara beransur2 susunan ayat mula bertukar.. Encik Padang yang sudah berkawan ketat dengan saya (selepas satu insiden saya marahkan dia balik selepas dia meninggikan suara pada saya beberapa bulan lepas) gelarkan saya tembikai. Kak Su, kakak 'tea lady' di kantor memanggil saya dengan berbagai2 panggilan. Saya tak marahpun malahan saya sendiri rasa kelakar dengan kekembangan diri saya. Jangan sampai tak boleh di reverse balik di kemudian hari cukuplah.
Update3:
Anak menakan saya iaitu anak abang kesayangan saya telah mewarwarkan di FB status dia engaged & sehari kemudian mewarwarkan yang dia akan berkahwin di hujung tahun. Terkasima saya sekejap sebab kami satu keluarga tidaklah tahu menahu tentang hal ni, begitulah juga emak saya yang pasti akan menyalahkan saya jika dia antara yang terlambat tahu sebarang berita penting. Anak menakan ini yang memang semenjak bayi memang ada tendency menyukai lelaki di tahap gaban & memanglah agak kehadapan visionnya berbanding kami2 di sekeliling (termasuklah mak menakannya ini) tetapi mewarwarkan sesuatu yang agak besar kejadiannya nanti agak membuntukan jiwa kami. Seperti juga keluarga Cik Kentang, keluarga saya pun boleh di kira bukan lah keluarga yang mengikut adat.. kami ringkas dalam banyak perkara terutama adat.. tetapi idak ke pelik bertunang sekali pun secara senyap walhal seminggu sebelumnya mereka sekeluarga (termasuklah boyfriend anak menakan saya) balik kekampung untuk beraya. Dan abang kesayangan saya sekali tidaklah memberitahu saya apa2 sedangkan dalam seminggu, dalam sekali atau dua kami berbual dan bermessage di telefon. Hendak di tanya, saya pun risau sebenarnya abang saya sendiripun tak tahu yang anaknya dah bertunang, makanya terpaksalah saya pendamkan ke'busybody'an saya. Dan tindakan susulan saya ialah tidak menhubungi family member2 yang lain untk mengelak terlibat dengan gosip2 liar memandangkan saya selalunya menjadi pusat maklumat kepada semua adik beradik akibat saya memang rapat dengan semua adik beradik. Sementara itu, saya buntu. Dan hari ini saya akan ke rumah abang kesayangan saya untuk beraya, saya berharap banyak persoalan akan terjawab.
Kesian untuk kali ini.. walaupun entry saya tak sepanjang entry Cik me_cnor, tetapi bolehlah menyamai entry Cik_kentang yang sedang sungguh teruja mahu mendapat adik ipar yang memberikan dia kipas tangan. Begitu mudah untuk merasuah Cik Kentang.
ishhh...kita2 ni mmg tak terlawan la kekerapan & kepanjangan entry me_cnor tu. itu tahap dewa2 punya hapdet tu...
ReplyDeleteweiii...kipas tu idak le melembutkan hati ku ini, bagi le ekon ke barang sebijik dua
wahahahhahahha...***gelak guling8x...
ReplyDelete8hari 8malam dok pikiq nak wat entry tuh.....hargailaa....
cik kentang bukan makan rasuah sebab dek kipas tp sebab gula2 tu laaaaa...jgn tak tau!!!!
CK:
ReplyDeleteish.. kalau mau katakan mau, janganlah cakap belakang2 aje.. cakap aje masa org dok diskus brg hantaran. Cakap gini: seagai hadiah langkah bendul, saya sebagai kakak mahu aircond 2 biji. then pass lah ke rumah jalan wawasan satu bijik
Cik me_cnor
sampai ke hari ni, saya masih memikirkan macamanalah nak tulis entry sepanjang tu.. tak habis2 kagumnya
keke.. Cik Kentang mmg suka benda yang manis2.. potential pesakit diabetic lah kata kan
1. idak apa la ekon tu...kalau nak amik hati bagi la kete sebijik...wahahahhaa
ReplyDeletegola2 tu tak makan pun, amik gambar je la :P
2. isshhh...toksah berangan la, kita mmg tak kan buleh punya nak tulis entry sepanjang buku cerita tu...