Sunday, May 15, 2011

Pergi Hijau

Demi menyahut seruan Pergi Hijau (Go Green), saya telah mengambil langkah untuk subscribe online newspaper.  Kebetulan pula harga yang ditawarkan jauh lebih murah dari membeli surat kabar sendiri.  Di samping juga lately ini sejak dua menjak Encik D babysit baby SJ, makanya kebanyakan harinya tiada bekalan surat khabar di rumah.

Saya telah mempromosikan online newspaper kepada Cik Kentang tetapi akibat terlalu excited saya mendengar komen Cik Kentang secara angin lalu.  Seminggu berlalu, barulah saya rasa kekurangannya.  Selidik demi selidik telah membongkarkan sesuatu, depa telah exclude Metro section.  Bila saya suarakan pada Cik Kentang, rupanya itulah yang dia complainkan sejak awal. Loh.. saya memang kecewa kerana tanpa Metro section, macamana saya nak tahu di mana ada lopak jalan, di mana ada orang komplain pasal MPSJ, macamana saya nak baca forthnighly article's oleh author kegemaran saya; Mary Schneider.. Dengan itu, akan saya panjangkan usul kepada web provider untuk memasukkan metro section di masa akan datang.

Sementara itu, satu lagi projek Pergi Hijau masih terbengkalai.. menggunakan cloth diaper untuk baby SJ sedangkan saya sudah melabur beberapa ratus untuk membeli cloth diaper beberapa bulan lepas.  Yang tinggal.. kerajinan untuk mencuci cloth diaper setiap hari.  Akan cukup rajinkah saya?  Sementara saya menulis inipun masih ada selonggok baju yang masih belum berlipat.  Mahu di pasang bibik, Encik D tidak suka dengan idea ada orang akan tinggal bersama kami.. maklum jugalah, teratak kami kecil.

Meanwhile.. saya akan cuba setakat mana yang saya mampu untuk kempen Pergi Hijau

2 comments: