Yeh.. yeh. Saya entitled untuk celebrate mother's day buat julung2 kalinya. Dari awal saya memaksa Encik D untuk ingat tarikh bersejarah ni. Sesungguhnya ia harus bermula dari awal & saya tahu kalau kami gagal menyambut tahun ni ada kemungkinan kami akan gagal menyambut di masa2 depan. Penting sangatkah menyambut mother's day? Sila baca ulasan & alasan saya di bawah..
Saya anak orang kampung, mak pak saya orang susah & kami tak pernah tahu adanya hari ibu semasa kami kecik. Yang kami tahu hari raya, hari sekolah, hari cuti sekolah & hari gaji abah (sebabnya abah mesti belikan kami makanan ringan atau belanja kami makan satay bila abah dapat gaji). Maybe kesusahan hidup buat kami cuma tahu menghargai apa yang benar2 keperluan hidup.
Tetapi ada bendanya kita mula belajar nilai2nya bila kita meningkat dewasa.. apabila kita mulai sedar adanya benda2 kecik yang mampu membuatkan orang2 yang kita sayang gembira. Antaranya, menyambut hari ibu (saya tak sempat menyambut hari bapa sebabnya appa saya meninggal semasa saya kecik) & semenjak itu saya tak lupa mengucapkan selamat hari ibu kepada amma, amma saudara & lately saya cuba2 pada amma mertua setiap kali hari ibu datang. Amma saya memang menunggu & gembira setiap kali tiba hari ibu. Kesalnya saya belum pernah berkesempatan menyambut secara besar-besaran kerana berjauhan dengan amma. Saya menanam azam yang satu hari saya mahu meraikan amma bersungguh2 & buat amma bangga dengan saya. Amma mertua agak kekok kali pertama saya mengucapkan kerana mereka sekeluarga tidak menyambut hari ibu sehinggakan sekarang saya pula yang kekok untuk mengucapkan dia hari ibu.
Berbalik kepada cerita sambutan pertama saya, sedari awal saya memberitahu Encik D (bukan lagi hint tapi berterus-terang yang seterang-terangnya) saya saya nak dia bawak saya makan di tempat special (kena tekankan bahagian lokasi pilihan untuk mengelakkan di bawa ke KFC mahupun McD). Tetapi last minutenya, Encik D terjebak pulak dengan kegiatan musiknya. Saya tahu Encik D sedaya upaya cuba mencari masa & hampir berjaya membawa saya & baby SJ celebrate tetapi mall yang berhampiran rumah kami penuh sesak memaksa kami celebrate di satu tempat sahaja yang kurang orang. Jangan gelak ye, jangan gelak.. di foodcourt pasaraya giant.. haha, padan muka saya.
Anyway, ok lah.. yang penting effort itu ada. And berserta hadiah jam tangan yang di idam-idamkan (bukan brand Lorex ek.. brand cap Gombak aje). Ishhh.. lomantik pulak Encik D kali ni.. malu ai. Alangkah bagusnya kalau berserta lagi dengan ipad2 yang sangat di idam2kan ittu.. ngeh ngeh.
Selamat hari ibu buat semua...
sungguh tidak aci bagi pompuan seperti saya... kenapa tak ada hari pompuan single? ha? ha? ha???
ReplyDelete