Yang pernah membaca entry saya mengenai plan tentang migrate & apply jobs di tempat lain, saya ada update tentangnya cuma tak berkesempatan nak bercerita selama ni.
Iya, saya mendapat offer untuk bekerja di Stavanger, Norway selama 2 tahun dan sepatutnya saya akan berlepas selewat2nya october ini. Atas sebab2 peribadi saya terpaksa melepaskannya. Banyak yang mempengaruhi.
Pertama, Encik D tiba2 ter'chicken out' walaupun pada mulanya dia agak ok. Saya memujuk dia dengan tawaran yang saya akan membelikan dia tiket pulang ke Malaysia setiap 6 bulan sekali. Dia masih tak gembira dan dia rela melepaskan saya seorang pergi. Itu masih ok kerana saya tahu saya boleh hidup single tetapi isu baby SJ menjadi persoalan. Jika dia membenarkan saya membawa baby SJ, di mana saya nak mencari baby sitter kerana di Norway pendaftaran nursery hanyalah dua kali setahun & saya baru terlepas pendaftaran kedua. Ini bermakna saya perlu menunggu pendaftran tahun 2013. Sementelah lagi jika dia langsung tak mahu melepaskan baby SJ mengikuti saya, Saya boleh hidup tanpa suami tetapi saya tak boleh hidup tanpa anak. Saya sangat dilemma & saya rasa Encik D lebih pentingkan diri sendiri kerana bukannya dia ada sebarang komitmen di Malaysia. Akhirnya saya mengalah.
Kedua, salary package walau kedengaran lumayan (2 1/2 kali ganda dari apa yang saya perolehi sekarang) tetapi living cost di sana terlalu tinggi di tambah pula dengan tax 35-40%. Semuanya mahal walaupun kemudahan awam (hospital, sekolah adalah percuma). Selepas tax, di tolak dengan sewa rumah bla bla bla, walaupun masih ada baki cuma saya agak cuak. Bila di tanya rakan Malaysian yang bekerja di sana, kata mereka cukup untuk hidup di sana tapi fikir saya kalau di sini saya mampu menyimpan sedikit2 tapi di negara orang belum tentu saya dapat menyimpan untuk emergengy, itu agak menakutkan. Saya personally belum pernah ke Stavanger walaupun sudah dua kali saya ke Trondheim tetapi living cost di Stavanger hampir dua kali ganda berbanding Trondheim yang saya kira sudah cukup mahal. Bayangkan di Trondheim, sewa apartment satu bilik sekitar Nok 8-10K, tetapi di stavanger sewa mencecah Nok 15-20K. Saya ramai kenalan d Trondheim tetapi rakan2 sepejabat di Stavanger pun saya sekadar kenal nama mereka melalui internal webpage company.
Ketiga, anak2 berbulu saya. Tiba2 saya merasa sangat sayu memikirkan mahu meninggalkan mereka untuk 2 tahun. Siang malam saya terpikir hal ini. Bila sahaja saya membuat keputusan untuk menolak tawaran ni, hati saya sangat lapang. Kiranya inilah rezeki mereka. Rezeki mereka akan menjadi rezeki saya di kemudian hari.
Keempat, tak best rasanya mengandu domba mengguna skype dengan Cik Kentang. Dia tempat saya mengadu domba selama ini & setelah di test selama 3 bulan semasa di di Trondheim hujung tahun 2011, mengadu domba melalui skype adalah sangat tak sama dengan mengadu domba berdepan muka. Anyway, 20 years of friendship tak boleh di tukar ganti dengan skype.
Verdictnya, saya harap inilah keputusan yang terbaik telah saya buat, walaupun hati saya meronta-ronta menyampah dengan Encik Pengurus. Rasanya tak sanggup lagi menengok muka dia walau sehari lagi.
hidup tanpa gossip adalah sama macam citer hindustan tanpa lagu ...hehe
ReplyDeleteCite hindustan tanpa lagu adalah serupa dengan hari sabtu tanpa movie hindustan
ReplyDeletewahhh..hupdate bertalu2 nih...nak kena baca secara gigih malam nih..huhuhu
ReplyDeletehahaha.. macam menyindir diri sendiri je
ReplyDeletemuahahahhah...sy akan cuba gigihkan diri utk hupdate....mana leh tgk org update bertubi2 nih....kui kui
ReplyDelete