Tuesday, September 11, 2012

Terkini

Demi memenuhi permintaan seorang peminat blog saya.. haha (sebenarnya saya syak hanya dia aje yang membaca blog saya lagi ie. Puan Orang Chandelier).  Di mana pula Cik Kentang hilang? Hmm

Terkini saya sering di buli oleh seorang budak kecik yang langsung tak tahu duduk diam.  Di tambah lagi dia sudah boleh bertutur sedikit sebanyak.  Baby SJ saya sudah berusia 21 bulan.  Sangat aktif (di manalah gen yang sangkutnya kan as his mommy is a very polite person).. perghhhh.  Satu2nya masa yang saya ada untuk diri sendiri bila hanya baby SJ tidur.  Itu pun dia cukup liat dan normal bedtime dia sekitar 12 malam :).  Jika dapat tidur 5 jam sehari sudah di kira luxury bagi saya.  Usah di sebut mampu untuk ke spa bagai.

Terkini saya seorang yang berteleku di meja kantor dari awal pagi hinggalah lewat petang di tiap hari bekerja.  Bebanan kerja sangat hebat.  Saya tak langsung berpeluang mencuri masa walhal 2.3 minit untuk diri sendiri.  Hatta mahu ke tandas pun saya menahan2 diri.  Harapan saya pada sumbangan kerahan tenanga dan keringat ini hanyalah dua.  Pertama, di kurniakan pahala dan kedua, cuti panjang yang akan di apply sedikit masa lagi akan bertandatangan dengan pen biru bukan seperti tahun lepas dimana sehingga ke hujungnya, tiada tandatangan sudi di hulurkan.  Marilah kita simplify kan hidup kan. 

Terkini saya masih gila kucing dan saya telah di pangkah dari memberi makan kucing2 stray di sekitar rumah.  Mahu saya hentikan? lupakan.  Mereka perlukan saya.  Sejak itu, saya terpaksa bangun lebih awal dari kebiasaan and by 6 pagi akan kelihatanlah seorang perempuan terjingkit2 membawa satu bag plastik berisi makanan kucing dan memberi kucing2 dan anjing makan di dalam gelap sambil mata melilau2 takut2 ada penghuni lain perasan kehadirannya.  Jangan di sangkakan hantu walaupun perempuan itu mungkin tak sempat sikat rambut dia selepas mandi akibat mahu cepat.  Hehe.

Terkini, selepas kehilangan DSLR, saya kehilangan pula Iphone 4S.  Hanya berselang beberapa minggu.  Dan sedihnya saya baru membeli iphone tu kurang dari 2 bulan. Di awal kehilangannya saya membeli smart phone cap ayam, tapi cuma bertahan 2 minggu sebelum jatuh kedalam tandas.  Sekarang ini saya hanyalah menggunakan hand phone yang langsung tak smart sampaikan saya belum pandai2 menghantar SMS. Janganlah marah jika SMS anda kepada sesiapa jua tak terjawab.  Mungkin nasib mereka sama seperti saya.  Tak pandai menghantar SMS dengan handphone baru yang tak berapa smart.

Terkini saya mempunyai 1 samsung tablet dan 2 labtop untuk berinternet di rumah tetapi satu sahaja yang kurang.. MASA.  Haha.

DAN PALING TERKINI (berlaku kurang dari 12 jam).. cuti panjang saya sudah di luluskan.  Yeahhoooo.  Europe tunggulah kedatangan saya.  Insyaallah.




4 comments:

  1. sila beli kamera saya untuk digunakan di europe nanti. sekian.

    ReplyDelete
  2. ai-pon5 dah kuar, sila2 lah..:P

    ReplyDelete
  3. CK : Sila lah hadiahkan seperti yang di janji. Dosa tak tepati janji

    Puan UmmiSH : lama xmakan sekali. Hadiahkan aipong 5

    ReplyDelete
  4. A ah..continue je bagi makan kucing dgn anjing tu. Someone up there is smiling at you. Persetankan makhluk yg tidak berhati perut kat bawah ni.

    ReplyDelete