3 minggu yang sibuk.
Berulang alik ke specialist berjumpa dengan gynae saya yang kadangnya mood OK, kadangnya mood garang mengalahkan bidan hospital kerajaan. Ada masalah perempuan (bukan kali pertama pun) dan akhirnya saya akur saya kehilangan lagi buat kali kedua. Kali ni tak mahu sedih2 macam dulu lagi kerana saya ingat pesanan Encik D semasa saya mengadu saya sedih. Jawapan dia ringkas.. Terima ketentuan Tuhan. Mulanya saya rasa marah bila Encik D terlalu cool (macam selalulah, cool dia selalu buat saya marah), tetapi fikirkan balik mungkin dia pernah rasa hampir dengan saat kematian, dia lebih mudah menerima ketentuan berbanding saya. Saya perlu belajar sabar. Insyaallah rezeki kami akan datang lagi.
Mulai semalam saya kembali bekerja (no more running and ponteng sana sini) tapinya cuma untuk 3 hari sahaja. Saya akan bercuti panjang. Something yang saya sangat looking forward. Rasanya inilah yang mengubat hati saya sekarang. Minggu depan jika di izinkan Tuhan, kami akan bercuti & hopefully semuanya berjalan lancar.
Saya akan update tentang itu.. insyaallah
No comments:
Post a Comment