Friday, November 2, 2012

Sengallll

Berlaku beberapa hari lepas.

Balik dri keje, saya bergegas mahu memberi makan ternakan-ternakan di sekitar apartment saya tinggal yang mencecah hampir 15 ekor. Hujan renyai-renyai, so sambil membimbit sepelastik makanan kucing, saya membawa sekaki payung. berjalan gopoh gapah menuruni tangga takut bertembung dengan jiran-jiran yang tak sukakan aktiviti saya.

Tiba2 saya terdengar suara kucing mengiau dari rumah di tingkat bawah yang yang sudah sebulan kosong. Terus terlintas di hati yang maybe tuan rumah datang menjengok rumah dan secara tak sedar kucing liar memasuki rumah. Saya bergegas check mailbox tetapi saya dapati tong suratnya kosong. Saya semakin yakin yang tuan rumah ada mengunjungi rumah tu. Saya terus susah hati mengingatkan yang kucing tu pasti boleh mati kalau tak di keluarkan. Saya cuba mengetuk pintu rumah jiran untuk bertanya jika jiran saya tahu no telefon si pemunya rumah tetapi saya ni tinggal di kawasan yang semua orang cuma tahu membaw diri masing2 dan sementelah lagi saya adalah penghuni tunggal melayu. pintu tidak di buka sehingga penghujungnya.

Saya mangalas payung dan beg plastik naik ke rumah mencari Encik D. Saya ceritakan pada Encik D sebelum begegas balik turun ke bawah mencari jalan mengeluarkan kucing tu. Saya cuba memanjat rumah kosong itu dari yard tetapi ada pulak grill yang menghalang. Saya buntu dan membuat perancangan mahu memecahkan tingkap kaca dengan melontar batu apabila semua penghuni tidur.  Saya bukan orang jahat tapi saya terdesak.. cliche kan ayat macam dalam drama melayu. Dalam pad itu, kucing semakin kuat mengiau dan buat saya merasa macam mahu meraung.

Dalam masa yang sama, Saya memaksa Encik D membuat panggilan kepada budak pejabat management di malam hari untuk bebincang apa perlu di buat.  Dengan muka kelat Encik turuti suruhan saya. dia membuat panggilan sambil,turun ke tingkat bawah mencari jalan bagaimana mahu melepaskan kucing tu. Berselang beberapa minit, Encik D balik ke rumah seraya berkata yang rupanya rumah kosong tu sudah mempunyai penyewa baru (maklumat daripada budak management ofis) dan kemungkinan besarnya penyewa baru baru shaja berpindah hari ini dan menghantar kucing dan barang2 penting sedikit demi sedikit sebelum betul2 bepindahke situ. Haha.  Bayangkan kalau sya pecahkan tingkap rumah tu malam tu, bukan aje tingkapnya pecah tetapi saya melepaskan kucing orang.  Sengalkan..


3 comments:

  1. kata orang, berakit2 ke hulu, berenang2 ke tepian... ada kaitan x?

    ReplyDelete
  2. sesal dulu pendapatan, sesal kemudian pe nak diharap...lagi takde kaitan..

    ReplyDelete
  3. pegh.. bernas sungguh nasihat. makanya pen biru pen merah lah..

    ReplyDelete