Saturday, November 17, 2012

Bonjour de Paris #1

Seperti yang di janji, saya akan berusaha membuat update tentang percutian saya.

Selepas di hantar oleh Cik Kentang ke KLIA sebagaimana di reportkan dia di dalam update mari-bercuti, kami selamat berlepas ke Schipol airport, Amsterdam sebelum transit ke CDG airport, Paris.  Perjalanan yang memakan masa 16 jam terasa bagaikan 16 tahun kerana baby SJ cuma tidur selama 3 jam dan selebihnya di gunakan untuk membuli saya di dalam flight.  Itulah akibatnya dari memilih akan perjalanan di siang hari.  Saya sepatutnya dah belajar dari pengalaman semasa ke Melbourne bulan May dulu.

Di akhir journey, sesudah sampai di Paris, saya terasa seperti agar-agar terlebih air. Tidak cukup dengan itu, kami kehilangan stroller baby SJ.  Saya tak pasti kesilapannya adalah pada pihak Amsterdam Airport ataupun Paris Airport.  Hampir sejam masa kami terbuang termasuklah kami kena buat report di pejabat airport.  Nasib baik kami di gantikan dengan stroller sementara yang sebetulnya lebih baik kualitinya berbanding stroller sebenar baby SJ.

Selesai urusan mereport, kami meneruskan perjalan untuk ke tempat penginapan.  Rupa kami sekeluarga sama aje macam orang yang baru lari dari rumah sewa kerana tak termasuk baby SJ & stroller dia, kami ada 6 beg keseluruhannya.. 1 bagpack 22L untuk barang2 susu, 1 beg kamera, 1 beg kotak beroda yang besar, 1 bagpack 40L, 1 beg roda hand luggage untuk pakaian sejuk apabila sampai di Paris dan 1 beg plastik yang saya gelar beg LV untuk di isi susu2 bekalan baby SJ dan barang2 kiriman encik Steven dari Birmingham sepertinya Milo, Nestum dan paling kelakar biskut crackers cap Pingpong.

Dengan barang yang sesarat setengah lori sampah, kami cuma mengambil public transport ke penginapan kami. Nasib baik kami sampai agak malam, dan bukannya peak hours. 2 kali bertukar train.  Weird enough, kami berjaya sampai ke tempat penginapan kami dengan selamat tanpa ada barang tercicir.  Harus di tekankan di sini, di Paris walaupun system keretapinya sungguh berjaya tetapi mereka kekurangan kemudahan untuk bayi & orang kurang upaya.  Agak2 saya 70-80% station keretapinya hanya ada 1 escalator (biasanya yang menaik sahaja), jauh sekali lif.  Dan saya yang sememangnya cukup di bekalkan dengan info mengenai attitude sombong orang2 sini tidaklah terkejut bila jarang sekali orang akan menawarkan diri untuk membantu di sini.  Usahkan strangers, owner rumah yang bakal kami sewakan pun tidak menawarkan dirinya untuk menjemput kami di Metro (train) station.

Malam pertama sampai di Paris, kami tidur macam orang mati.  Letihnya sama seperti letih berpindah rumah.

1.  Pengangkutan

Seperti yang saya mention di awal tadi, system pengankutan public di sana sangatlah cekap.  Every ceruk yang kita pergi tak susah nak dapatkan pengankutan awam.  Yang paling mudah adalah Metro.  Jenis2 keretapi yang di tawarkan adalah RER train & Metro train.  Dari airport ke city centre kami mengambil RER train yang costnya cuma  €9.25 dan kemudiannya mengambil Metro train ke tempat kami akan tinggal.  Cara yang paling murah untuk travel ke sana sini adalah dengan membeli carnet yang mengandungi 10 individual public transport ticket (1 tiket untuk semua public transport).  1 carnet costnya adalah €12.70.  8 hari di Paris, saya dan Encik D membelanjakan kurang dari €70 untuk public transport.  Itu adalah sangat menguntungkan.  Bagi saya, as long as kita pandai plan, banyak dapat kita save dari segi pengangkutan.  Itu dari segi pro nya.  The cons side, macam yang saya kata di awal tadi, ada masalah tentang facilities untuk baby.  Setiap kali kami mahu menggunakan Metro, Encik D terpaksa mengangkat stroller menuruni tangga.  Kadang2 sampaikan lebih dari 20 anak tangga. Di laluan tiketpun, jarang sekali ada laluan yang besar untuk stroller ataupun wheelchair.  Itu sebablah agaknya tidak sekalipun saya terlihat orang berkerusi roda menaiki public transport.  Pada pendapat saya yang naif ini, walaupun system pengangkutan di sini sudah lama di mulakan, mungkin di masa tiada lagi benda secanggih escalator tetapi sepatutnya mereka membuat sedikit pembaharuan dari segi kemudahan awam.  Dan satu lagi, janganlah mencari public toilet di station keretapi kerana anda tak akan jumpa.
 Rupa Metro station
Inilah antara tangga yang perlu di daki

Encik D dan aktiviti mengangkat strollernya

2.  Penginapan

Sekali lagi kami memilih private apartment.  Apartment condition agak buruk berbanding yang kami sewa semasa di Melbourne.  Agak kecewa pada mulanya tetapi slowly saya mula suka dengan kelengkapan apartment di mana saya tak perlu membeli segala spice yang saya perlu untuk masak pasta kerana bekalan yang sedia ada adalah agak lengkap.  Lokasi apartment itu terletak juga not bad.  Walaupun bukan betul2 di city centre tapinya amat dekat dengan Metro station (dalam 3 minit berjalan kaki) dan amat mudah mendapat makan halal di sini.  Cuma satu yang kurang menyelesakan, ianya berada di kawasan terlalu ramai orang kulit hitam melepak dan ini mengingatkan saya akan keganasan orang2 kulit hitam yang datang ke Malaysia.  Jangan sangka saya racist, saya tak ada masalah dengan  warna kulit malahan saya sendiri berkulit gelap.. heheh.

 Ruang tamu.. agak gelap di sebabkan lighting sememangnya macam tu.  Saya mengambil masa berhari-hari menyesuaikan diri saya dengan keadaan yang terlebih romantik.  Kat atas sofa adalah baby SJ yang sedang tidur bukannya patung orang-orang walaupun nampaknya macam sama.  Hari pertama memakaikan dia baju winter semamangnya hari yang mencabar untuk semua orang. Baiknya dia mahupun kami si tukang pakai ni. 
 
Dapur.  Walaupun sedikit sempit tapi Ok lah.. Yang penting semuanya lengkap

Tandas.  Inilah yang paling cute sebab ada banyak frame gambar dalam gambar terutama gambar anjing tuan rumah.  Saya bet si anjing tu mesti terasa hati kalau dia tahu gambar dia cuma di gantung di tandas :)


3. Aktiviti

- Akan bersambung di entry no #2







 

2 comments: