Since kami spent masa yang agak lama di London & banyak yang kami lakukan semasa di sini, saya akan update journey kami mengikut hari.
# Day 1
Kami tak sempat ke mana sebabnya sampai di London dah agak petang (dah boleh kira malam sebab buat masa sekarang matahari tenggelam pukul 4.30 ptg). Selesai check in, kami keluar membeli dinner. Selepas dinner masing2 dah tersadai sebab keletihan. Sedar2 saya tertidur tanpa mandi.
# Day 2
Inilah Monument of London a.k.a The Monument. Tak besar sangat, tinggi sikit dari pokok kelapa.
Tower Bridge dari London Bridge. Dulu saya ingat Tower bridge ni lah London bridgenya. Akhirnya saya tahu yang London bridge cuma bridge biasa aje cuma tak silap dia adalah oldest bridge kat London. Teringat masa kat melbourne dulu kami ada melawat satu rock formation along Great Ocean Road yang di namakan "London Bridge is Falling Down'
Pemandangan sepanjang Sungai Thames
Kemudian kami singgah di Borough market sambil menelan air liur yang banyak sebab ada banyak makanan kat situ tapi kemungkinan besarnya, tak halal.
Banyak gerai roti tapi mood untuk makan roti pulak tak ada. Mood kami hari ini adaah mood karnivor
Makanan Italy antara banyak gerai. Hensem jugak mamat yang jual tu kan. Teringat pada abang Zinadine Zidane.
Pasar sayur.. seperti biasa di negara2 europe lain.. ianya tersusun rapi
Pasar ikannya pun cantik. Boleh baring atas lantai kalau nak :)
Selesai bergojeng di pasar, kami bergegas cari food untuk lunch. Finally jumpa gerai kebab. Alas, kebab lagi. Tapi apa nak buat, kat sini mana ada nasi goreng ikan masin. Sib baik kebab kat London sedap. Boleh di telan.. anyway, I've been abroad baru seminggu.. mengada2 lah kalau dah nak mula keriau cari nasi goreng ikan masin. Teringat dulu berbulan2 saya jadi vegetarian semasa di Norway back in 2006 di mana saya tinggal di hotel & tak boleh masak (I was 100% non-vegetarian ie saya tak pernah makan sayur langsung sehinggalah saya di Norway). So saya patut bersyukur. Anyway now pun kami ada kemudahan memasak & saya akan try masak jika ada masa & tenaga.
Kami makan packed kebab di tepi sungai Thames. Iskh, teringat zaman budak2 makan ubi kayu bakar di tepi sungai belakang rumah. Takde kaitan langsungkan. Scenery sangat cantik walaupun kami agak kesejukan.
Saya kagum bangunan2 moden kat sini bentuknya agak unik. This is one of the unique building - bentuknya ramping kat bawah. Jauh kat belakang ada bangunan serupa macam peluru berpandu
Ini Tower of London. Plan asal memang nak pergi tapi sampai hari last tak dapat pegi sbb kekurangan masa. Next time maybe.
Selesai makan, kami menyusuri Sungai Thames untuk menyeberangi Tower Brigde. Tempat ni namanya More London Riverside. Bangunan2 tu kebanyakannya offices. Cantik. Ada sebuah park di situ. Saya dapat bayangkan musim panas pastinya kawasan ni sangat ramai pelancung. Camana lah perasaan pekerja2 di situ bekerja sambil melihat pelancung berpoya2. Kalau saya mesti tak tenteram
Kami semakin menghampiri Tower Bridge
Akhirnya berjaya menyeberang
Tower of London dari dekat
Setelah sepakat untuk datang balik ke Tower of London, kami terus berjalan tanpa sebarang particular destination. Saje nak melihat sekitar city sebelum balik.
Lagi bangunan bentuk unik
Here and there
Tok batin berehat sambil tengok TV




.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)






.jpg)






.jpg)
No comments:
Post a Comment