Wednesday, September 18, 2013

Brussel #3

Hari bermula dengan hujan lagi.  Agak kecewa tapi kami akur yang apa yang berlaku mesti kebaikannya.  Hati berbelah bahagi samada mahu ke destinasi yang di rancang atau tidak.  setelah berdiskusi pendek dengan Encik D (kami memang jarang berdiskas panjang lebar pun atas sebab2 Cik Kentang pasti tahu..haha), kami decide untuk gamble dan bersiap untuk ke Bruges.  Baby SJ liat bangun, maybe sebab sejuk sangat. Jenuh memujuk barulah mahu bangun.

Dari liat nak bangun (kiri) to excited dapat naik train (kanan).  
Scenery di sepanjang perjalanan agak kelam di sebabkan hujan

Perjalanan dari Brussel ke Bruges kalau tak silap kira2 sejam.  Train perlu di ambil dari Brussel Nord dan kami sekali lagi sedikit lost di Brussel Nord.  Setelah menuju ke kaunter yang salah beberapa kali, akhirnya kami berjaya membeli tiket train. Kalau tak silap lagi tiket sehala Euros 6.30.  Free seating jadi kena pandai pilih koc sebab orang memang ramai.  Tersilap pilih koc maka berdiri lah jawabnya. 

Bruges adalah `canal based town'.  Ciri2 bandar di kekalkan seperti tahun 1500.  Ia juga di kenali sebagai Venice of the North.  Bandarnya sangat cantik & tak lengkap jika melawat Belgium tapi tak melawat Bruges. Untuk info lanjut, sila ketip disini. Bandar Bruges ni kecik aje, lebih kurang saiz Teluk Intan.  Semuanya walking distance.

Hujan menyambut kami di Bruges.  Nasib baik payung yang kami beli 2 hari lepas kami bawak.  Yang penting baby SJ berpayung. Hujan ada kalanya stop kemudiannya hujan balik.
Bila tengok balik gambar ni saya sebenarnya hairan 
macamana kami melalui hari tu. Sejuk gila.

Antara berpuluh2 church di sini (maybe saya exaggerate sikit tapi 
memang sangat banyak church kat sini). Bottom left ada christmas market. 
Not too many stalls at that moment sebab Christmas masih sebulan away. 
Kalau dah dekat mesti lagi meriah.


This is how Bruges dapat nama.  It was came from the word of Bridge. 
Inilah tarikan utama Bruges, berpuluh2 old concrete bridges. 
Kami mengambil boat ride tour.


Lagi 'canal' view

 Kebetulannya ada pameran oink oink.  Saya suka! Saya suka!  
Teringat seorang kawan kat uni dulu 
yang sangat suka lukis oink oink


Kat mana2 akan ada Belgian chocolate.  Saya terkilan sebab saya awalnya 
menyimpan niat nak beli home made choc after the boat ride tapi 
sebab kelam kabut nak lari dari hujan, saya terus terlupa sampailah 
balik ke Brussels.  Bila cari the same kind kat Brussel takde lah pulak :(



It's been a long day tapi puas.  Saya dapat bayangkan kalau datang masa summer mesti sangat cantik.  Saya sebenarnya dah booked hotel untuk bermalam di sini tetapi Encik D mahu balik ke Brussel, maka kami cancelkan booking dan mengambik train pulang ke Brussel.  Nasib kami kurang baik semasa perjalanan balik kerana train penuh & kami terpaksa berdiri didalam train.

Apapun, dalam kekurangan hujan yang almost tak berhenti..tempat ni memang awesome.  Highly recommended.

2 comments:

  1. ...just like the case with pak professor; this is just not gonna end kan...wahahhaaa. Cuma, this is good. I am super jealous. Tengah baca sambil dengar lagu sedih...menci ai tau!

    ReplyDelete
  2. hahaha.. Pak Prof case in very unique. I'm not even half :). Jom 2014, instead of 2015. Girls trip

    ReplyDelete