Wednesday, January 8, 2014

2014 & pre school story

Harap masih belum terlambat nak ucap selamat tahun baru 2014.  

Bagi kami, 2014 datang tanpa bersambut.  Kami sekeluarga kepenatan dan sudahnya tidur sebelum pukul 12.  Seikhlasnya saya tak terkilan tak tengok bunga api dan tak dapat mengucapkan selamat tahun baru kepada sesiapa.  Mungkin saya dah tua. Yang penting 2013 dah lepas, now to focus to 2014.  Saya dapat tunaikan kebanyakan resolution 2013 saya.. mungkin tak berapa perfect tapi alhamdullillah lah jadilah jugak di celah bermacam-macam ujian Allah.

Overallnya, 2013 adalah tahun penuh dengan ujian Allah.  Saya kehilangan 2 orang terpenting.  Mak cik sebelah keluarga yang paling saya sayang dan juga pakcik di sebelah Encik D yang saya tahu sangat sayangkan kami sekeluarga. Kemudiannya, dugaan berganda. Mak saya koma selama sebulan di ICU dan seikhlasnya kami adik beradik tak letakkan harapan tinggi pada masa tu.  Air mata tak usah cerita.  Saya pulak tak di benarkan cuti.  Makanya saya mencelah2 di antara public holiday (kejadian berlaku beberapa hari sebelum raya & kami sekeluarga beraya di hospital mengambil giliran menjaga mak). Alhamdullillah, Allah masih memeberi kami peluang untuk berbakti kepada orang tua.  Mulanya saya balik ke kampung setiap hujung minggu menjaga mak (weekdays, abang yang memang selama ni menjaga mak memikul tugas).  Akhirnya kami sepakat membawa mak ke KL dan sekarang kami adik beradik mengambil turn menjaga mak.  So far so good walaupun kami di tipu orang gaji yang cuma bertahan 5 minggu.  We decided to moved on.  With or without orang gaji, kami akan jaga mak.

So boleh di katakan harapan saya besar untuk 2014.  I hope to see a brighter year in 2014 and to be able to fulfill my 2014 resolution. 

Let's move on to 2014 story.  Tahun ni baby SJ akan mula bersekolah. Pre school.  Saya sebenarnya nyaris terlupa yang mengikut kiraan tahun baby SJ sepatutnya dah berumur 4 tahun.  Inilah padahnya ada December baby.  Dari bulan september saya di kabarkan yang saya di benarkan ambik cuti,  Hehe.  Sebak & tak dapat di ceritakan dengan kata-kata.  Tetapi since ada colleague lain yang akan bercuti panjang, maka saya kena lah tunggu dia balik dahulu sebelum saya pula bercuti.  Makanya time yang available ialah pertengahan December.  Setelah di kira2 budget saya pun beli tiket flight tanpa teringat yang baby SJ perlu bersekolah.  Nyaris sangat2 tau, terlepas tarikh mula sekolah.

Kemudiannya kami kalut pulak mencarikan sekolah yang ok untuk baby SJ.  Pilihan di kawasan perumahan saya tersangat banyak.  Antara islamic and non-islamic, akhirnya kami pilih non-islamic.  Seikhlasnya saya rasa teruk tak pilihkan dia sekolah islamic tapi masa masih panjang.  Dia baru 4 tahun, saya mahu dia bercampur dengan bangsa-bangsa lain dan mungkin belajar bahasa ketiga iaitu mandarin.  Kami pilih Beaconhouse pre school.  Selain dari reason yang saya dah stated tadi, saya juga suka cikgu2 kat situ dan juga idea bahawa sekolahnya ada bangunan sendiri yang bermakna ada ruang yang luas untuk kanak2 berlari.  Saya tak kisah baby SJ tak belajar mana kat sekolah, tapi yang penting saya nak dia ada ruang untuk have fun dengan kawan-kawan.  Saya sendiri menyambung lebih dari seminggu cuti saya semata nak temankan baby SJ pergi sekolah.  Saya harap ramai lagi parents kiasu macam kami supaya tak nampak sangat kekiasuan kami.

2 January kami dengan  perasaan berdebar2 menghantar baby SJ ke sekolah.  Dia bangun awal & agak bersemangat nak pergi sekolah padahal saya tak rasa dia fahampun sekolah tu apa.  Tesengih2 di dalam kereta.  Sampai di sekolah, kami temankan dia ke kelas.  Cikgu kelas sangat ok.  Duduk bersama sekejap & kami mencelah-celah keluar.  Dia sibuk bermain dengan teman baru.  Tiba2 dia perasan kami dah keluar. Haa.. melalak.  Makanya sehari lah kami belajar sekali.  Esoknya, kami cuba tinggalkan dia sembunyi-sembunyi lagi.  Pun menangis sampaikan headmistress datang & dukung dia untuk pujuk,  Selepas 2 jam berjaya di tenangkan.  Hari ketiga, kami cuma hantar ke muka pintu & blah.  Menangis-nangis sekejap, kemudian OK.  Kami tak berani nak jenguk cuma menanya kabar dari parents lain.  Tetapi tengaharinya, semasa pick up, ternampak aje kami terus menangis.  Hari ke 4, memangis juga sebelah pagi tetapi time pick up dah boleh senyum.  Kata cikgunya, cikgunya tak boleh tinggalkan kelas langsung.  Ada masanya siap berdukung. Nasib baik lah dapat cikgu yang sabar.  Hari ni hari ke lima, pun masih menangis tapi things are getting better.

 1st day, mata bengkak sebab banyak nangis.  The only reason kenapa tak 
nangis dalam gambar ni sebab kami ikut aktiviti kelas

4th day, dah boleh senyum masa kami pick up.

Cerita baby SJ dan sekolah buatkan saya rasa dia dah grown up.  Seriau rasa.  Tak lama lagi mesti dah tak bagi saya peluk & kiss. Then nanti ada girlfriend.  Am I ready?  Hmmm.. tatau.  Cepatnya masa berlalu,  

2 comments:

  1. baik la kumpul duit sikit2 tak pun start beli door gift untuk kenuri kawen dia nanti...

    ReplyDelete
  2. haha.. yang di sana, sila start belajar mengubah hantaran kawin ok

    ReplyDelete