Saturday, March 15, 2014

Update

A few major issues

1.  MH370

Tak perlulah mukadimah yang panjang as the whole world knows about the tragedy.  Kami rakyat Malaysia menangis.  Dan hari ini, selepas genap seminggu, press conference mengkonfirmkan spekulasi yang MH370 telah air-turn ke arah barat dari timur peninsular.  Hijacking is the main idea walaupun Najib tak lah terang benderang katakan. Kami masih menanti berita selanjutnya.

Bagi saya, saya cukup sedih.  Doa peribadi saya adalah agar semua passengers & crews selamat pulang.  For whatever it takes.  Harapan saya juga, Malaysian akan stop pointing to each other.  Bukan senang jadi orang di atas, sudah seminggu mereka tak balik rumah nak selesaikan misteri MH370.  Dari kita buang energy menuduh sana sini,lebih baik ambil wudhu dan solat hajat doa minta pertolongan Allah merungkaikan misteri MH370.


2. Muezza

Another sad episod for me.  Muezza masih tak di jumpai.  Sangat sedih sebab dia anak manja saya.  Kadang sampai termimpi sebab teringat2 pada dia.  Saya ada memohon pertolongan seorang ustaz tolong buatkan solat hajat & selepas beberapa hari ustaz ni call saya bagitau Muezza di ambil orang & orang tu tak ada niat nak pulangkan Muezza pada saya. That's my last resort, tak pernah saya buat tapi saya desperately want him back. Antara nak percaya dengan tidak, part of me lega sikit.  Kalaulah betul, sekurang-kurangnya anak saya tak kelaparan. Dan sehingga hari ni saya masih berdoa selepas solat agar Muezza pulang ke pangkuan saya.  I miss him so much.


3.  Niji

Another one.  Dua minggu selepas Muezza hilang, satu kucing jalanan saya juga menghilangkan diri.  Saya rasa sangat ralat sebabnya dia hilang selepas beberapa hari cat collar yang saya pakaikan padanya hilang.  Memakaikan cat collar adalah cara saya menipu cat haters.  Biasanya kucing with cat collars tak akan di kacau (or relocated).  Hajat nak gantikan cat collar pada Niji tak kesampaian sebab belum sempat beli yang baru, dia dah hilang.  Harap2nya dia selamat di adopt.  Niji agak special pada saya.  I help her to fight Parvo, I spayed her & dia sangat attached dengan saya.  Dulu ada seorang rakan almost adopt dia tapi biasalah, kucing local ni selalu nasib mereka tak baik.  Tetiba rakan saya senyap.  Masa tu saya kata pada diri, biarlah, mungkin nasib dia lebih baik di besarkan saya.  Anak2 jalanan saya makan minum cukup, cuma tak ada tempat baik untuk berteduh selain dari bawah kereta penghuni & belakang tong sampah.  Kasih sayang walaupun tak banyak tapi saya cuba yang terbaik untuk menitipkan kasih sayang. Dan semua street cats saya bernama sebab saya rasa every soul need a recognition.

Niji (depan)

4.  Cabaran bermusim

Every now and then, saya akan face cat haters condemning my feeding.  Biasanya bangsa cinalah.  Nak kata menganggu tak juga,  my streets cats stay behind the big garbage building.  Most of them do the nature call outside apartment compound ( I saw this often enough).  Tapi itulah, kalau dah benci tu, tengok kelibat haiwan tak berdosapun dah marah.  Samalah macam sesetengah melayu yang bencikan anjing.  So, ceritanya a day before MH370 reported missing, saya telah di marahi lagi oleh cina semasa saya bagi anak2 jalanan makan malam.  Seorang security guard di hantar untuk memarahi saya sedangkan cina tu cuma berdiri kurang dari 10 meter dari saya.  Terkebil-kebil saya.  Segala tip menjawab yang di beri oleh a fellow  rescuer hilang segitu je.  So sekarang ni, back to the old routine.  Saya terpaksa sembunyikan tempat makanan, to somewhere yang terdedah hujan (sebelum ni saya sediakan satu tempat yang cantik jugalah untuk anak-anak makan).  Terpaksa berjegil mata menunggu orang tidur baru buat feeding walk & terpaksa bangun sebelum orang bangun for another feeding walk.  Letih tapi memikirkan hanya sayalah tempat dia orang menumpang kasih, gagahkan jugalah.  


Makanya,  dicampur dengan kes mengikuti perkembangan kes MH370, saya memang kekurangan tidur lately.  Tapi apalah sangatnya ujian pada diri saya berbanding pada suami, isteri, ibu, ayah dan anak-anak yang menunggu kepulangan kesayangan masing-masing pulang ke pangkuan mereka.  Please, keep on praying for MH370 passengers and crews.

No comments:

Post a Comment