Bagaimana saya memilih tempat2 tu? Sejujurnya sangat banyak tempat yang menarik. Pemilihan saya yang paling utama, tempat tu tak terlalu challenging untuk baby SJ dan tempat yang baby SJ boleh enjoy. Dari awal saya dah decide saya nak kenalkan sebanyak mungkin nature kepada baby SJ tetapi kenalah berpada-pada. Saya tahu I'll love bush or trail walk tapi baby SJ masih terlalu muda. Hajat di awal nak pergi ke Flinders Range, the most famous park di South Australia, tetapi terpaksa di batalkan kerana tempatnya terlalu remote dan kurang sesuai untuk baby SJ. Saya juga sempat contact local park organisation untuk tanya pendapat diaorang & atas nasihat dia orang saya buat iternary kami. Dan also, lots of Googling.
Plan pertama nak bawak baby SJ for miniature train ride kat Wilfred Taylor Reserve, Morphett Vale sebagai hadiah hari jadi dia yang sehari sebelumnya. Baby SJ memang suka train, so saya memang tahu dia akan enjoy the train ride. Morphett Vale terletak 45min SW dari Adelaide city centre. Plan punyalah baik, schedule dah di check beberapa kali sebelum datang & hari yang sepatutnya kami pergi di jadualkan ada train service iaitu ahad terakhir bulan december (Dec 22). Sesampai kami kat situ, senyap sunyi Wilfred Taylor Reserve park. Rupanya kansel last minutes sebab sesetengah Oz dah start sambut Christmas. Frust sangat-sangat. Nasib baiklah Wilfred reserve tu sangat cantik. Kami pun piknik & spend sikit masa untuk explore tempat tu. One of the best park saya experience kat Adelaide. More info, ketip sini mvrail
muka orang frust, terpaksa tenung track kosong lama-lama
So kami piknik & enjoy the nature
and enjoy the wild flowers
dan sempat jugak tengok orang main miniature race
Tapi yang paling kelakar saya di 'usik' di public toilet park ni.
First time dalam hidup saya di 'usik'. Kami menggunakan toilet berkali-kali sebab kami nak cuci tangan sebelum & selepas makan. Secara total, saya guna 3 kali. Kali pertama untuk cuci tangan sebelum makan. Saya terperasan baby SJ memanggil nama saya sedangkan baby SJ sedang duduk di bangku dengan encik D. Kali kedua saya masuk, untuk cuci tangan selepas makan. Saya terdengar baby SJ memanggil saya lagi dengan kuatnya. Saya memang penakut tapi maybe sebab saya kat negara orang saya tak terpikir apa2 pelik. Bila saya keluar, saya check yang baby SJ memang ada bersama encik D dan bukannya di luar toilet. Belum lagi terpikir bukan-bukan. Kali ke3, saya nak cuci tangan selepas tukar diaper baby SJ. Masa ni baby SJ & Encik D dah tunggu saya dalam kereta, ready untuk bergerak ke tempat seterusnya. Kali ke3 ni, suara baby SJ memanggil saya semakin kuat. Terus saya meremang bulu roma, berlari keluar dari toilet tuju ke kereta. Tapi sempat lagi capture gambar toilet kat atas sebelum kami meninggalkan tempat ni. Sampai sekarang, saya masih rasa seram. Ingatkan negara omputih takde hantu :)
Kami kemudiannya bergerak ke Pantai Noarlunga, 15-20 minit perjalanan dari Morphett Vale. Superb. Sangat cantik tempatnya & tak ramai orang.
kedatangan kami di sambut berpuluh kalau tak beratus camar/seagull.
Top left and bottom mid adalah seagull favourite saya, camar berkaki satu. Survivor.
Kebetulannya kami ada banyak roti di dalam kereta, so kami bagi makan roti
Kebetulannya kami ada banyak roti di dalam kereta, so kami bagi makan roti
and in return dia orang ikut kami kemana aje kami pergi. Memang best.
Pantainya bersih, orang pun tak ramai. Ramai locals habiskan masa
dengan memancing. Baby SJ sempat jengok ke baldi orang yang
memancing dan komen 'No fish'. Merah muka mak dia. Hehe
Kami berjalan sampai ke hujung jeti. Top - di hujung jeti.
Bottom - on our way back ke kereta
flora
Cuma kebetulannya hari ni sedikit sejuk, so taklah kami spend 3,4 jam kat sini. kami berlegar-legar dalam sejam dua sebelum explore the whole Port Noarlunga dengan kereta. Very nice place. Ramai orang kaya beli beach house kat sini. And saya ternampak a wild kanggaro kat sini. Selama ni cuma tengok kat zoo atau santuary. Jakun.
Singgah sekejap di Port Noarlunga playground. Very impressive sampaikan ramai
orang tua main sekali termasuklah Encik D. There's a child in every human being :).
Top & bottom right - bukan kecik2 orang tua yang main, mahu 100 kg berat mat salih tu.
Bottom left - tak dapat naik train, cukuplah dapat drive kete bomba. Sejam lebih dia
tak nak turun dari kereta bomba tu, sampaikan kami di paksa jadi penumpang dia.
Esoknya kami ke Adelaide hills, 20km dari city centre. Hari pertama di Adelaide Hills di spent kan di Cleland Wildlife Santuary. Baby SJ sangat girang bermain dengan haiwan2 yang di biar bebas. Memang best & berbaloi tiket AUD24 seorang (kanak-kanak below 4 tak payah bayar).
Top left- Southern Brown Bandicoot. Top middle- Pelican.
Top right- Emu. Koala and Bottom right- wombat.
Top right- Emu. Koala and Bottom right- wombat.
Yang paling best inilah. All types of kanggaro ada kat sini. Saya tak ingat nama
species tapi ada beratus-ratus ekor yang boleh di pegang. Ada yang pemalu,
ada yang peramah. Baby SJ tak reti nak duduk diam jadinya.
Tok batin melawat kawasan jajahan
Isi minyak. Ni dah kira rutin harian kat Adelaide. Bajet makan sampai ke hidung
On the way balik ke Adelaide city, kami singgah ke Mt Lofty Summit. Kat sini kita boleh tengok lembah2 di Adelaide Hills. Tak silap ini highest point di Adelaide. Cantik juga cuma tak dapat stay lama sebab babj SJ dah tertidur keletihan dalam kereta selepas satu hari mengejar Kanggaro. So saya dan Encik D ambik turn pergi
Mount Lofty Summit dan scenery dari situ. Ada banyak walking trail yang consider
simple and family friendly kat sini. I wish baby SJ dah ready for this.
Balik ke ciy centre sempat lagi menyinggah di park & playground.
Maklumlah siangnya panjang. Sehari berjalan, rambut pun dah berserabai.
Besoknya kami balik lagi ke Adelaide Hills. Adelaide hills ni kawasan jajahannya agak besar. Kami try cover sejauh mungkin, maybe separuh dari keseluruhan Adelaide Hills. Dari pekan ke pekan. Local dah mula sibuk baik kampung & last minute christmas shopping. Kami pun menyibuk sekalilah.
Top images - Bridgewater mills (was a historical flour mill but tapi sekarang
jadi fine dining restaurant)
Middle images - Handorf wine farms (the oldest German's settlement di Australia)
Bottom images - Handorf town. Sangat meriah sebab ramai dah balik kampung nak
celebrate hari krismas
here & there
Memang penat sebab kami travel lebih dari 100km & cuma stop sekejap-sekejap.
Krismas kami sepatutnya drive ke Victor harbor tapi mengenangkan jarak yang jauh & kebanyakan kedai akan tutup pada Krismas, maka kami kansel trip and just chillex on the day sambil check-out dari penginapan private room di Adelaide North and check-in di hotel di city centre.
A day selepas Krismas kami juga ambik keputusan untuk relax sambil menyibuk-nyibukkan diri di boxing day. Pening sekejap tengok orang ramai sangat.
Selepas free & easy 2 hari kami bertolak ke Barossa Valley and bermalam di Barossa untuk 2 malam. Barossa Valley adalah wine region & ladang anggur ada di merata tempat. Paling saya jatuh hati adalah pada hays yang dituai dan ready untuk di jual.
Selepas free & easy 2 hari kami bertolak ke Barossa Valley and bermalam di Barossa untuk 2 malam. Barossa Valley adalah wine region & ladang anggur ada di merata tempat. Paling saya jatuh hati adalah pada hays yang dituai dan ready untuk di jual.
Melepasi Gawler town on the way to Barossa Valley. Small town tapi lengkap
dengan tourist information centre. Kami piknik di park & beli sim card sebelum
bergerak ke Barossa
dengan tourist information centre. Kami piknik di park & beli sim card sebelum
bergerak ke Barossa

Road signages
Ladang anggur.. cuma ada anggur muda yang belum ready untuk dituai. Rugi.
Biri-biri, Kuda & Lembu
Top 3 - Lavender farm, Lyndoch, Barossa
Middle 3 - Mengler Hill lookout, Nariopta, Barossa
Bottom 3 - the valleys
Hays yang kesukaan saya. Suka sangat2. Dari awal trip saya memburu ini.
Kami juga singgah ke beberapa winery. Sekadar menjenguk kawasan sekitarnya
memandangkan kami di wine region. 1st row - Jacob Creek Vineyard.
2nd & 3rd rows - Tanunda Chateau. 4th row - Barossa Chateau
Itulah keseluruhan pengalaman kami di luar bandaraya. A nice & worth trip. Selepas dari Barossa kami berpatah balik ke Adelaide city and spend another 2 nights sebelum balik ke Malaysia.
Overall, I love the trip. And konsep redah jaya kami berjalan lancar. Adelaide is lovely and maybe satu hari kami akan kembali to explore yang masih belum berjaya di explore. Problem kecik2 biasalah.. hadapi dengan senyuman & we should expect the unexpected.
Tamat.
Tamat.




.jpg)



















No comments:
Post a Comment