Thursday, March 18, 2010

Adik putih

Tentang anak2 kucing lagi.  Buat sementara waktu saya panggil dia orang berempat dengan hanya satu panggilan: iaitu Adik.  Saya cuba untuk tak terlalu attach dengan adik-adik sebab saya bimbang saya akan sayang nak melepaskan adik-adik pergi di masa akan datang.   Tapi itu cumalah  kenyataan dari luaran.  Dalamannya kedua2 Encik D & saya memang sudah sangat sayang mereka.  80% masa saya di rumah adalah untuk dia orang (ye...Encik D memang sedikit terabai lately tapi saya tahu dia pun tak perasan sebab diapun terlalu asyik melayan dia orang :-).

Salah satu dari anak kucing kami sedang sakit. Saya referkan dia sebagai Adik Putih sebab dia paling banyak bulu berwarna putih compare dengan yang lain-lain.  Masalah bermula sejak dari awal kami mengambil dia akibat dari urine burn yang membawa kepada skin infection & akibatkan bahagian bawah perut dia melecet.  2 lagi yang berbulu panjang pun menghadapi masalah yang sama tetapi dalam keadaan terkawal.  Encik D mengesyaki yang keturunan berbulu panjang prone to get sick compare to normal local cat.  Maybe betul tekaan Encik D kerana kucing persian emak saya pun agak mudah sakit.  Things getting worse for Adik Putih sejak dua hari lepas.  Saya cuba applykan minyak gamat pada perutnya tetapi keadaan tak berubah.  Kerana sakit (agaknya) dia hilang selera minum.  We have to force adik putih to drink the milk but he keep pushing away the milk bottle.  Saya memang sudah sangat risau sebenarnya, takut Adik Putih can't make it.

Semalam balik dari kerja, saya dapat tahu yang Encik D telah belikan adik-adik susu baru.. yang mana kandungan nutritionnya lebih tinggi dari normal milk.  Terharu sungguh saya dengan kesungguhan Encik D, mengunjungi dari satu pet store ke satu pet store mencari susu yang sesuai. Lebih terharu lagi kerana susu itu agak mahal ie $21 untuk 250 gram sahaja.  Ini lebih mahal dari susu mahal anak orang.  Kebiasaannya saya cuma spend $8 for 500 gram of normal milk. Dan sebelah malamnya kami bawa Adik Putih ke vet.  Doktor menyarankan kami mencuci luka Adik Putih setiap hari & doktor sendiri mencuci lukanya malam tadi.   Pelbagai cleaning liquid di bekalkan kepada kami termasuklah iodin. Selama ini kami cuma mandikan dia dan yang lain2 setiap hari (atau selang sehari) & mencuci dengan air suam.  Encik D sudah risau kerana saya menyerahkan tanggungjawab kepada dia.  Kami juga di bekalkan antibiotik.  Saya mula memberi susu secara lebih aggresif pada Adik Putih (menggunakan picagari) dan berkesan. Pagi tadi saya nampak Adik Putih sudah semakin sihat, nampak lebih bertenaga.  Nampaknya antibiotik & susu yang di beli oleh Encik D memberi kesan yang sangat positif.  Syukur.  Saya datang kerja dengan lebih bersemangat hari ini.
adik putih sebelum betul-betul sakit

Adik Putih bersama adik Kuning at their favourite spot.
Mula sakit, muka sedikit cengkung

No comments:

Post a Comment