Kali ini tentang Adik Kuning, salah satu dari adik-adik kitten yang berempat. Adik Kuning di beri gelaran (bukan nama ya.. i'm still thinking whether should i name them or not) based on the tompok kuning di atas kepala dia. Adik Kuning bermuka agak mat salih (persian), bulunya panjang & muka dia bulat.
Semasa kami baru-baru jumpa adik-adik, saya dapati Adik Kuning paling manja sedangkan saya syak dia lelaki.. Tapi iyelah.. ramai lelaki juga manjanya lebih dari perempuan. Dulu dia agak pasif dan saya selalu tempatkan dia bersama Adik Putih supaya dia tak dibuli oleh adik Tompok & Adik Kepala Hitam. Bila adik-adik yang lain minum, dia akan menangis meminta susu tetapi bila diberi susu, dia akan menolak botol susu. Bila di fikirkan sekarang saya rasa sebab susu yang lepas buatkan perut dia tak selesa. Dasar mat salih.. tak tahan dengan barang murah. Adik Kuning improved selepas tukar susu. Dia mula minum dengan banyak sampaikan kadang2 tertidur sambil botol susu di dalam mulut dia ( itupun kalau Adik Tompok tak rampas botol susu). Sekarang Adik Kuning agak montel dan dia sudah mula aktif. Dia suka bermain di bawah meja kerja Encik D bersama2 sama yang lain. Dia suka bermain dengan kami, cuma dia belum se advance Adik Tompok yang sudah pandai ajak kami bermain. Sekarang, among all, dialah yang paling cool.. jarang sekali berebut susu & kadang-kadang dia choose untuk main seorang.
Adik Kuning dan adik2 lain dah mula pandai guna bilik air atau litter box untuk melepas hajat, jadi taklah kami terkejar2 lagi bawa diaorang ke bilik air setiap kali tengok gaya dia orang nak melepas. Cuma satu lagi masalah tinggal dengan Adik Kuning. Dia suka makan cat litter. Hanya dia. Beberapa hari lepas saya berjaya menangkap Adik Kuning sedang makan cat litter dari litter box. Saya berjaya mengorek keluar pasir dari mulut dia tapi berapa banyak yang dia dah berjaya makan, itu yang saya tak pasti. Sekarang saya tak nampak lagi dia buat benda yang sama & saya harap dia sudah berenti dengan perangai pelik dia.
Adik Kuning with best friend, Adik Putih masa awal2 dulu.
Comot sebab masa tu belum pandai jaga kebersihan diri lagi
Adik Kuning with Adik Kepala Hitam at his favorite spot.
Mata dah kuyu.. tunggu masa nak tidur
muka penuh susu...tak senonoh sungguh ;p
ReplyDeleteka ka.. itulah seni.. belum grad kelas marilah belajar menjilat diri sendiri
ReplyDelete