Kemudian something happen. Tiba2 si ibu kucing telah hilang. Puas saya cari di merata2 tempat tetapi tak dapat di kesan sehinggalah sekarang. Jika ada orang yang sanggup membuang si ibu ke tempat lain, sungguh kejam dia. Maka, anak2 kucing yang baru berumur 2 minggu telah terbiar tanpa di susu ibu.
Hari pertama di tinggalkan ibu, saya masih serba salah untuk bertindak kerana Encik D di larang oleh doktornya dari memelihara sebarang jenis haiwan untuk beberapa tahun ini. Dan sejak dari itu jugalah, Encik D menjadi kurang berminat dengan kucing. Masuk hari kedua, melihatkan anak2 kucing kelaparan saya jadi tak sampai hati.
Saya cuba berbincang dengan Encik D & saya dibenarkan mengambil anak2 kucing tu. Saya berjanji dengan Encik D yang saya akan berusaha meletakkan anak2 kucing itu di dalam cage sementara saya berjaya mencari orang yang sanggup membela mereka. Cik Kentang kemudiannya mensponsorkan saya dengan susu dan juga botol susu untuk pet.
Kini selepas 2 minggu, anak2 kucing masih bersama saya. Dan saya sebenarnya belum betul2 mencari orang yang sanggup megambil dia orang secara serius. Encik D yang sepatutnya menjarakkan dirinya dengan kucing dah menjadi bapa kepada dia orang. Apabila saya mengalami kesukaran untuk mengejar masa untuk memberi susu pada kucing, Encik D lah orangnya yang terbongkok2 menyuapkan botol susu ke mulut anak2 kucing tu. Malahannya semalam sekembalinya saya dari kerja, anak2 kucing telah siap dimandikan. Syukur sangat-sangat.
Semasa kami ke Penang, kami meminta bantuan adik Cik Kentang untuk menjaga anak2 kucing tu. Terhutang budi lagi pada adik Cik Kentang & suami. Adik Cik Kentang yang merupakan cikgu telah mengambil inisiatif membawa kucing2 ini ke sekolahnya bagi melengkapkan cycle memberi mereka susu. Maka, anak2 kucing kami boleh di kira berpelajaran jugalah. Setakat nak minta uraikan Maxwell equation, tak jadi masalah dah. Heheh...
Walaupun saya dah mula sayang pada dia orang, tetapi considering kesihatan Encik D, saya perlu mencari seseorang yang sudi meng'adopt' mereka. Harap saya akan ada insan yang sudi memberikan sedikit masa & ruang pada anak2 kucing ini. You will get satisfaction in return. Tak percaya tanyalah Cik Kentang .
Kriteria:
/ 3 ekor adalah medium long hair (ibunya adalah kucing long hair)
/ 1 short hair
/ Umur sekitar 1 bulan, iaitu lahir pada 13 Febuary 2010
the 3 medium long hair kitten
satu-satunya short hair, agak kiut & suka wrestling
sleepy
yang paling manja
apabila mereka tidur
jack mesti dengki kalu tengok diaorang...terkenang zaman2 dia selim dulu, skrg dah la xde leher, bulu plak ala2 punk...
ReplyDeletehaha.. itu gambar semasa comot tu, kalau ambik sejam lepas mandikan.. satu rumah tergolek2 sebab dengki dengan kecantikan budak2 kecik ni
ReplyDeletedah ada org ambik lum?? nak post kat tipah groups ni ye...
ReplyDeletethank you thank you
ReplyDelete