Macam2 ada minggu ni.. ada yang manis, ada yang pahit, ada yang masam, payau pun ada
Yang Manisnya
1. Cik Kentang is away to negeri bawah bayu.. kerjakah atau melancongkah? Hahaha. Kat mana yang seronoknya saya? Mungkin atas ketiadaan Cik Kentang bermakna takde orang dapat buat saya rasa bersalah bila lambat keluar dari rumah ke kantor dan secara tidak langsung takde orang dapat buat saya bersalah bila dia kena punch card merah lagi. Secara reverse thinkingnya saya terpaksa menyeronokkan diri menikmati angin pagi secara solo (hahaha) dan bersengkang mata memandu ke ofis setiap pagi, apatah lagi melihat mata pemandu kereta depan yang terbulat-bulat jegilkan saya bila saya terlelap barang 3 saat di kawasan turun slope. Tapi yang pastinya lamalah nanti kena tadahkan telinga dengar cerita tentang adik kesayangan Cik Kentang, Mat blurr sebaik sahaja kapal terbang di naiki Cik Kentang landing di KLIA.
1. Since Cik Kentang is away seminggu penuh ni, walau macamana sibuknya saya, saya terpaksa mengagahkan diri memanjat tangga rumah Cik Kentang menjaga FCs kami & mencuci segala apa yang patut barang 2 kali sehari. Sekali di pagi hening & kali kedua, di malam yang hening. Amnya memang memenatkan, di tambah lagi dengan memenuhi keperluan Wonderpet, menyelenggara 4 kucing di rumah saya sendiri, work load yang tah apa2 dan juga lain2 task yang akan di sebutkan di bawah, tetapi khasnya saya sebenarnya enjoy kerana saya dapat melawat FC kami setiap hari. Satu peluang yang jarang saya dapat buat lately. Tetapi, dalam kata ajuknya dapatlah saya beritahu orang yang saya dapat memonitor kegemukan FCs kami dalam seminggu ni kerana Cik Kentang dah berjaya merosakkan struktur badan FCs kami dengan mengsupply makanan tanpa henti. Beberapa FCs telah hilang leher akibat dari makan secara overdose, satu hilang ibu jari akibat dari makan supplement secara overdose (yang ni salah saya sebenarnya bukan Cik Kentang.. overdose supplement yang ada high content of sugar sebabkan satu FCs kami di syaki terkena diabetic) & hampir semua ada masalah attitude akibat dispoil oleh Cik Kentang. Perlukan FCs di monitor sekali-sekala? Perlu.. perlu
Yang masamnya
1. Seminggu ini saya bertubi2 kena bangun sebelum ayam jantan bangun & hampir setiap hari saya perlu ke airport. Monday, send Cik Kentang yang akan terbang ke negeri bawah bayu. Tuesday, jemput family yang baru balik umrah. Wednesday hantar family untuk terbang balik ke kampung dan Friday akan datang jemput Cik Kentang balik dari negeri bawah bayu. Saya merasakan seperti airport dah jadi rumah kedua. Ini bukan mengungkit ye Cik Kentang, tetapi silalah bawa saya ole-ole dari negeri bawah bayu untuk membuatkan hati saya gembira. Hint! saya benci pearl jadi jangan beli saya pearl tetapi saya harap satu hari saya mampu untuk ambik lesen scuba diving, jadi silalah bawa balik scuba diving gear atau Canon EOS7.
1. Since family saya dah selamat balik dari Umrah, saya telah kehilangan status ibu tumpang saya. Rumah terasa sunyi tanpa Wonderpet. Saya dan Encik D tak dapat menyakat dia lagi. Saya memang teringatkan dia & malam tadi saya menelefon dia, kekononnya nak tanya samada dia rindukan saya atau tak. Jawab dia.. TAK. Ngeh.. ngeh
Yang pahit berselang payau
1. Hampir seluruh technical team rakyat tempatan telah dan akan resign. Satu2nya rakyat tempatan yang tinggal hanyalah saya. Ini bermakna saya terpaksa belajar bergaul mesra dengan mat salih & ini juga bermakna saya kena belajar menjadi tegas dari mengelakkan diri saya di buli mereka. Kenyataan yang pahit di terima memandangkan kerja kantoran adalah melambak & tak terbuat oleh kami2 yang tinggal.
Recruit new technical employee mungkin membantu untuk jangkamasa yang panjang tetapi untuk jangkamasa pendeknya, ianya akan melambatkan lagi kerje kami kerana kamilah yang akan bertanggungjawab melatih staff baru. Tetapi apa yang berlaku pasti ada hikmahnya dan insyaallah saya akan ok. I faced this before and if God willing i will be ok. Makanya Cik Kentang & Me_Cnor, sekiranya berminat nak bergelak ketawa sambil bekerja, pass lah CV. Tetapi elakkan dari mengheboh kepada rakan kita di sana, nanti tak larat saya mendengar cerita tentang anak dia sepanjang masa. Saya faham bakat dia adalah bercerita tapi adakalanya telinga saya perlu rehat dari segala detail mengenai kegiatan anak2 dia. Ish, termegumpatlah pulak.Berbalik kepada isu di kantor, kelebihan lain ialah kita boleh pakai jeans sepanjang minggu & definetly no punch card needed. Lagi satu, memandangkan kami banyak berkerja dalam Linux dan menggunakan server yang terletak 13,000km away dari Malaysia, makanya segalanya akan menjadi slow. Dari itu, dapatlah kita mengasah bakat kesabaran kita & dapatlah juga kita menghapdate blog kita in between task, sementara menunggu satu task habis untuk bergerak ke another task (saya try melihat dari sudut positif walaupun sudut negativenya adalah ada masanya terasa smacam mau pecahkan PC didepan mata). Kekurangannya, akan ada masanya kita akan balik kerja menjelang tengah malam.
Masa untuk bergerak balik.. untuk melaksanakan tanggungjawab domestic. End
wahahhaha....no, i didn't bring back any pearl; idak sempat sopping2 bagai...hehe. the best gift i gave are the times u spent with the FCs; tak gitu...hehehe
ReplyDeletewahhhhhhhhh!!!!!! bestnyer baca.....panjang tul leh wat novel...nak baca secara penuh kosentrasi nih buat kali kedua...heehhe
ReplyDeleteCK: alasan!!! duty free kan ada kat airport. tak sempat airport KK. airport KLIA pun ada.. EOS 7D ada di mana2 :-). Belum terlambat, IOI pun ada
ReplyDeleteme_cnor: menyindir diri sendiri nampak.. maklumlah empunya diri yang bercakap menulis blog dengan penuh ringkas.. sepeti pantun bersiri (satu siri satu baris pantun).. wakaka. jangan marah....