Thursday, April 1, 2010

Cerita Sengal 3

Cerita sengal ini sebenarnya bukanlah berkenaan saya sangat.. i was involved but i'm not the sengal.  Saya lebih kepada watak hero.. kuang! kuang!

Selasa malam lepas, selepas habis dari exhibition, semua staff di jemput for company dinner di sebuah restoran jepun.  Kami satu geng berpakat mengorder makanan paling mahal (atas alasan kami tak dapat bonus). Bila lagi nak kenakan The Company kan. Tujuan utama dinner adalah to welcome our new technical boss (bos saya lah tu).  Cik Pengurus kecik yang merupakankan our previous technical boss sekarang telah berpindah ke department jualan and memegang jawatan Pengurus Jualan.  Hentamlah labu.. asalkan tak kacau hidup saya dahlah selepas ni.  Tapi overall, saya sangat suka dengan arrangement baru.. akhirnya kami mendapat pengurus yang layak berada di tempatnya.  My new boss is kind of ok too.. harap2 dia akan kekal OKlah sampai bila2.

Balik pada cerita dinner, atas sebab2 kecemasan saya & Cikcuba terpaksa meninggalkan majlis di pertengahan majlis.  Takpe, takpe walaupun tak sempat menjamah main dish makanan mahal kami, tapi ianya telah di order.. makanya walaupun kami tak makan, The Company tetap haruslah bayar.  Hehe..

Selesai urusan, sayapun balik.  Sampai di rumah, elok2 time untuk Encik D dinner.  Saya menunggu di kereta sementara Encik D turun dari rumah.  Walaupun saya menunggu bukan di dalam kotak parking, tetapi saya menunggu di tempat yang lapang & selamat & saya juga tidaklah memadamkan lampu kereta.  Tiba2 sebuah kereta melanggar kereta saya dari belakang dengan kuat.  Side mirror saya rabak, kecederaan lain masih belum dapat dikesan di sebabkan malam tak lah secerah siang walaupun ada lampu jalan.   Si driver yang sengal datang memarahi saya & dia refused to pay di awalnya.  Encik D berjaya membuat drive sengal berjanji untuk membayar ganti rugi selepas kami membaiki kereta saya.  Itupun kalau boleh dia mahu kami sign satu surat mengatakan hanya side mirror kami rabak & bahagian lain tak terlibat sedangkan lampu jalan sahaja belum cukup untuk kami menginspek kereta kami.  Keesokannya iaitu semalam saya terpaksa memandu kereta Encik D ke office & Encik D kemudiannya memberitahu saya bahawa terdapat banyak calar (dan sedikit kekemekan pada pintu) kesan dari langgaran dengan  kereta driver sengal. 

Sehingga hari ini, side mirror saya masih belum berganti kerana masih menunggu alat ganti dari kedai proton berhampiran rumah kami. Dan kami masih mencari idea bagaimana nak mintak ganti rugi untuk calar pada kereta kami.

Self study dari kisah sengal 3:
1.  Kenapa saya terlibat dengan accident sampai 2 kali bulan ini?  Jawapan dia, saya pun tak tahu.. senang cite.. takdir.
2.  Kenapa kedua2 kali, saya yang di langgar orang? Mungkinkah saya terlalu cekap untuk langgar orang.. Ngeh! Ngeh!
3.  Kenapa orang melanggar saya tetapi saya yang di marah?  Tahlah.. selalu cam gini.

Nota kaki: 
walaupun ada sedikit kejadian yang cuba mencacatkan kegembiraan saya tapi dia sedikitkan tak mencacatkan kegembiraan saya menanti kedatang katil baru saya esok.. heheh

4 comments:

  1. kesimpulan dari 1, 2 dan 3 : sila la beli kereta baru supaya kewujudan kereta tersebut disedari oleh sesiapa jua walaupun dari sudut mana sekalipun. Sila pastikan juga kereta yang dibeli nanti adalah beli satu dapat satu percuma ;p

    ReplyDelete
  2. kika & jikalau kereta baru di beli sekalipun, maka hendaklah dia di bungkus kemas & rapi di dalam bilik tidur. Dan hendaklah sesiapa yang bermimpi mahu menaiki kereta saya ke tempat kerja, cepat2 memadamkan mimipi dia.. ngeh ngeh

    ReplyDelete
  3. best katil baru??? jelessss jelesss nih....

    ReplyDelete
  4. ka ka.. marilah cuba.. semakin malas nak datang kerja sejak2 akhir ni. Katilkah yang harus di persalahkan atau keadaan di office. wallahualam :-)

    ReplyDelete