Encik D dan saya telah di upgrade. Kami di upgrade menjadi ibubapa tumpang sepeninggalan abang & kakak ipar saya mengerjakan umrah. Adik Jejaka Malaya, Wonderpet yang tak mengikut serta, akan tinggal bersama2 kami sepanjang 12 hari ini. Amnya, hari ini masuk ketiga Wonderpet tinggal bersama kami, tetapi secara khasnya hari ini hari pertama kami tak dapat backup support dari sesiapa. Semalam & sehari sebelumnya, kakak saya telah turun dari Kulai, dengan tujuan mengiringi emak & keluarga lain ke KLIA & kemudiannya kakak saya bermalam selama 2 malam di rumah saya. Sehingga pagi tadi beban tanggungjawab masih separuh di atas bahu saya & Encik D, and separuh lagi kat atas bahu kakak & abang ipar saya. Dua jam yang lepas kakak saya bertolak balik ke Kulai & kami secara rasminya menjadi ibubapa tumpang sepenuhnya.
Terujakah saya? ish.. sesungguhnya kami panik. Walaupun Wonderpet sudah berumur 6 tahun, tetapi masih kecik untuk berdikari. Wonderpet masih pakai pampers di waktu malam (bab ini emak saya menyalahkan saya sebab saya juga jenis kencing malam sampailah umur saya 12 tahun.. kaka), Wonderpet masih perlu di selenggarakan aktiviti mandi & pakai baju dan Wonderpet juga sangat suka makan. Memandangkan Encik D bekerja dari rumah maka Encik D akan mengambil alih tugas menyelenggara Wonderpet sewaktu saya pergi bekerja. Dan Encik D akan di bantu oleh makcik Wonderpet (adik kakak ipar saya) yang juga tinggal di kawasan sama dengan kami memandangkan makcik Wonderpet juga bekerja flexible working hours.
Semuanya di rancang dengan baik & antara orang pertama yang menyanggupi untuk menjadi bapa tumpang adalah Encik D (kembang kempis hidung saya tatkala Encik D berkata dia sanggup menjadi bapa tumpang apabila di tanya abang saya kira-kira 2 bulan lepas). Tetapi saya sedikit bimbang pasal satu perkara, kelekaan Encik D terhadap waktu makan. Encik D ada tendency yang agak tinggi untuk lupa waktu makan. Tetapi saya sedikit lega bila dipikirkan yang si Wonderpet adalah orangnya yang sangat peramah & sangat rapat dengan Encik D, kebarangkalian Wonderpet kebulur akibat dari sikap malu nak memberitahu tentang kelaparan dia adalah kecik. Bayangkan jika yang di tinggalkan sepupu Wonderpet yang lain, mungkin akan ada yang kebulur menjelang saya balik dari kerja.
Apapun, saya berharap si Wonderpet yang tembam itu masih tembam apabila mak paknya balik dari umrah. Dan apapun saya sangat bangga dengan ketelusan Encik D membantu keluarga saya. Soklannya, adakah saya sanggup membuat perkara yang sama sekiranya saya di tempat Encik D & saya di tugaskan menyelenggara anak menakan sebelah Encik D? Jawabnya, bergantunglah anak menakan yang mana.. ada yang saya sanggup tapi ada yang saya tak sanggup. Saya akui keikhlasan saya belum lagi mencapai tahap tulus ikhlas Encik D (bab kata Cikcuba suatu masa dulu, semuanya akibat dari hati yang tak bersih.. heheh) tetapi saya bukanlah teruk sangat. Sekurang-kurangnya saya sudah menyanggupi untuk menjaga adik Encik D yang OKU sekiranya emak Encik D dapat tawaran menunaikan haji dalam masa terdekat ni.
Dalam pada itu, saya akan berusaha lagi.. untuk menjadi ibu tumpang yang baik & manalah tahu suatu hari saya akan mendapat rezeki saya sendiri (ye.. tanpa di pinta emak & makcik saya telah mevolunteerkan diri masing2 untuk berdoa di depan kaabah tentang "rezeki yang ini" padahal saya juga agak beria nak menambahkan satu lagi permintaan supaya doakan saya dapat kaya.. tetapi sebab bunyinya terlalu rakus, terpaksalah saya berpesan secara berlapik 2,3 lapik.
Perkara yang paling hebat adalah emak & makcik saya juga mevolunteerkan secara sebulat suara untuk berdoa untuk Cik Kentang (tanpa sempat Cik Kentang berkata yang dia juga mahu kaya seperti saya), supaya Cik Kentang akan dapat jodoh. Saya yang kebetulan berada di sisi emak & makcik saya sewaktu kata2 diluahkan berusaha keras untuk tidak tergelak. Bab kata orang, jahit langsir pun sudah pandai, belajarlah jahit baju pengantin sendiri :-). Uish,, sungguh teruja saya.. bayar pakej umrah untuk 9 orang, dapat percuma pula seorang pengantin lelaki dari tanah Arab. Ngeh ngeh
selamat maju jaya on your promotion menjadi ibu tumpang...timbang dulu wonderpet tu, jgn sampai mak pak dia balik nanti berat dia berkurang...hahaha. mmm...about the last paragraph tu, i ought to write an entry to answer that kan...kahkah
ReplyDeleteka ka.. harap2 tak makin tembam sebab di sumbatkan fast food sepanjang masa..
ReplyDeletekomen no 2: ka ka.. sukanya nak dapat adik ipar orang arab