Sunday, December 9, 2012

Update tepi

Saya masih berhutang banyak entry pasal Places dan saya akan mengupdate semuanya.  Bila & di mana, masih menjadi persoalan saya sendiri :)

Ini adalah entry selitan dan boleh di kira entry alasan mengapa momentum saya sedikit terganggu semenjak 2 hari lepas.

2 malam lepas, Encik D, Cik Kentang,  baby SJ dan saya telah mengadakan perjumpaan sulit dengan Encik Steven of Brirmingham (selepas ini akan di kenali Encik S.o.B) yang pulang ke Malaysia untuk beraya Christmas.  Pot pet Pot Pet, Dum Dam Dum Dam.. selepas menghabiskan 14 bungkus nasi lemak terbaik di dunia, di Taipan, acara selesai di lewat malam.  Kami menghantar Encik S.o.B ke Bandar Sunway untuk di jemput balik oleh adiknya & Cik Kentang pun menghantar kami pulang ke rumah sebelum dia sendiri pulang ke rumahnya.  Tetapi sesampai di rumah kami, Cik Kentang memberi cadangan kepada saya untuk pergi ke The Biggest Book Fest di Sri Kembangan (menurut penganjurnya lah) yang open 63 hours without closing.  Encik D tak turut sama dan beliau di tugaskan  menidurkan babj SJ di rumah.  Why not, esok hari cuti.. jadi tak ada masalah untuk mengantikan tidur di siang esok.

Saya & Cik Kentang meneruskan misi dan pada telahan kami pastinya tidak ada ramai pengunjung di pukul 1 pagi.  Sesampai kami di Seri Kembangan, trafik sesak.  Kami teragak2 meneruskan misi tetapi memikirkan kami memang merancang untuk ini (plan asalnya sabtu malam).  Berjaya memasuki exhibition hall pukul 1.50 pagi.  Wow.. sesak di dalam exhibition hall.  I was surprised.   Part of me merasa bangga too.  Ramai pengunjung terutama di odd hours menandakan masih ramai suka membaca buku.  Sorry tiada gambar kerana handphone saya tiada kamera.  We choosed books di tengah ratusan orang dan saya yang hanya bercita2 membeli 2 atau 3 buku akhirnya terjebak dengan 15 buah buku.  Rambang mata cuma memikirkan kepayahan membawa ke kereta membuatkan saya menghalang diri membeli lagi. Bibliography & memoirs books, Pets book, Photography books, Children  books and Cooking books semua saya sapu.

Selesai memilih, kami beratur untuk membuat bayaran.  Huk..panjang barisannya.  Akhirnya, selepas beratur kurang lebih 2 jam kami berjaya membuat bayaran.  Kami berjaya keluar dari exhibition hall pukul 5 pagi, dengan terpancar di muka kepuasan hati kami bercampur dengan kelaparan yang maksimum.  Kami singgah di restoran mamak dan bersarapan.  Sementara menunggu makanan samapai, Cik Kentang dan saya siap tertidur.

Sampai di rumah, saya terus memberi anak2 berbulu di sekitar rumah makan, mengemas rumah, solat subuh & mandi dan baru tidur. Berjaya melelapkan mata di pukul 8.30 pagi dan bangun kembali pukul 11 pagi.  Kesinambungannya, sehinggalah hari ni, saya rasa belum pulih dari mengantuk sepenuhnya

Plan saya & Cik Kentang untuk di masa deoan.  Kami pasti akan kembali lagi dan next time kami akan berbekalkan beberapa tools.  Beg beroda utk di isi buku, strategy baru untuk membuat bayaran, snacks & drinks mengubat rasa lapar and maybe bangku kecil untuk duduk2 semasa beratur membuat bayaran.  Ngeh ngeh.

Kepada yang masih belum pergi.. pergilah.  Berbaloi walaupun memakan masa & tenaga.  Tenang rasanya di kelilingi ratusan ribu buah buku.




4 comments:

  1. betul la...patut bawak kfc ke apa sekali kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Patut bawak nasi dalam mangkuk tingkat. Sekali dgn air sirap. Bentang saprah siap. ngeh ngeh

      Delete
  2. gambar seketul pun takdok..isk isk..
    tp rugi masa ambik gambar baik carik buku..ye dok..ahhahah....

    ReplyDelete
    Replies
    1. huk aloh.. setakat guna hanphone samsung harga $80. idokle teman nak bawak kamera betul.. susah nak bermisi

      Delete