Wednesday, January 30, 2013

London #4

Terlama pulak saya mengambik masa menghabiskan cerita London. 

Hari ke#4 adalah hari museum.  Saya mengaku saya bukanlah peminat Museum tetapi Encik D minat jugalah.  Walaupun saya tak berapa minat, saya enjoy juga.  Sementelah lagi cafe dia menyediakan scones yang sangat sedap.

Kami memulakan hari dengan sedikit lembap & mengambil keputusan untuk melawat British Museum.

Islamic section - bagus diaorang ni.  Walaupun Islam bukan agama rasmi tapi cara Islam di angkat mengagumkan saya

 Seram sejuk juga bila melihat pameran mummy. Cukup banyak.  Saya sebenarnya agak hairan bagaimana negara2 pemilik asal mummies ni boleh melepaskan mummies ke tangan British.  Tapi biarlah, bukan urusan saya kan

 Mummy cleopatra pun ada.  Baru saya tahu rupanya Cleopatra meninggal semasa remaja & saiz dia sebenarnya sangat kecil.  Kurang dari 5" sahaja.  Gambar sebelah kanan tu adalah gambaran Cleopatra.  Bila di perhatikan betul2 macam orang melayu berpakaian baju kurung dengan anting2 labuh zaman2 dulukan

Kami kemudiannya singgah di Kafe museum & saya berjaya makan scones yang sangat sedap.

Sebelum meninggalkan museum, kami singgah di satu bilik yang di namakan Englightment section.  Cantik, macam museum2 yang kita selalu nampak dalam movie.


Stairs & ceiling


 Exterior


 Wajah Babj SJ hari ni (disebalik kaca) yang kegirangan dapat naik manual lift. 


Kami kemudiannya naik train menuju ke Greenwich.  Cadang di hati nak berdiri di atas garisan Greenwich tapi rupanya dah tutup semasa kami sampai.  Inilah ruginya bercuti semasa winter sebabnya banyak tempat yang tutup awal

 Kami melewati Canary Wharf area di mana ofis2 elit berada.  Cantik tempat ni dan sejuk dan juga berkabus

 Bandar Greenwich.  Small & peaceful

Cutty Sark - Restoran & small exhibition hall yang berbentuk kapal

 Memandangkan hari ni agak sejuk & berselang seli dengan hujan, kami mengambil keputusan balik ke penginapan

Baby SJ terbongkang keletihan

3 comments:

  1. haiyaaa...cite sikit2. inbgatkan dah abis. museum tu cam dalam cerita2 omputih tu kan...hehee

    ReplyDelete
  2. Haha.. sibuk, tak sempat nk tulis. Ada banyak lagi menunggu

    ReplyDelete
  3. hahaha..like2...best tul lah tgk baby SJ tido...cam empuk tul..huhu

    ReplyDelete