Monday, February 4, 2013

London #5

Bagi mengelakkan Cik Kentang komplen lagi akan ketangkasan saya mengupdate, saya akan berusaha menghapdate secepat mungkin. 


Hari ke 5 kami bermula dengan plan lain tapi berakhir dengan plan lain.  Saya sudah lupa plan asal tapi kami decide untuk ke North Greenwich untuk naik cable car.  Dari Barking, kami turun di West Ham station sebelum bertukar ke Northern Line dan turun di North Greenwich.

West Ham

North Greenwich Northern line station

Cable car yang kami naik ni di kenali Emirates Cable car.  Quite nice & tambangnya pun tak mahal. 
£3.20 untuk pemegang osyter travel card (daily train tiket).  Baby SJ sangat kegirangan dan mengomel sepanjang lebih kurang 5 minit perjalanan.  Malu saya dengan keramahan baby SJ sebabnya kami share gondola dengan satu family lagi.


Gondola  sama macam aje dengan yang di Genting Highland

Sungai Thames dari kejauhan.

Kami bernasib baik kerana cuaca sangat baik.  Stucture bulat putih itu O2 arena

Turun di sebelah O2 arena, kami makan tengahari di Subway.  Harga satu footlong bersama air hanyalah £5.00.  Kemudiannya kami ke British Music Experience museum.  Harga tiket agak mahal iaitu £12.00 tapi since saya telah bersedia dengan printing copy 2in1 voucher (hanya valid jika kita menggunakan osyter card untuk hari tu), makanya kami cuma membayar £12.00 untuk 2 tiket (baby SJ masuk percuma)

 Bob Dylan Exhibition hall.  Baby SJ yang kebosanan :)

 
 Rolling Stones Exhibition Hall

Overall, saya rasa sedikit kecewa dengan British Music Experience Museum ni kerana agak kecil & kekurangan bahan berbanding Music Museum di Norway.  Tapi itu pendapat orang buta musik seperti saya.  Encik D selaku ahli kugiran agak menikmati segala di sini sementara saya & baby SJ tertidur di main hall :)

Keluar dari O2 arena, hari sudah senja.  Kami mengambil train ke city centre.  Meninjau2 sebelum mengambil keputusan untuk pulang ke penginapan.

 Westminster Abbey

Big Ben

Begitulah tamat hari ke 5 saya di London.  Kurang aktiviti berbanding hari2 lain tetapi ada harinya kami perlu sedikit relax untuk mengekalkan tenaga kami untuk lagi 2 minggu kami di Europe.  

BTW, jika ada sesapa yang ada cadangan untuk blog template yang lebih cantik, di sepersilalah memberi cadangan kerana  saya sudah jemu dengan template saya sekarang :).  Saya mahu template yang masih simple tetapi lebih sesuai untuk travel updates. 





No comments:

Post a Comment