Hari ke 7 sepatutnya hari kami mengunjungi Encik Steven & isteri di Birmingham dan bermalam di sana tetapi selepas di timbal2, kami membatalkan plan. Saya sebenarnya segan kerana kami sebenarnya belum pernah berjumpa isteri dia & alih2 nak menyusahkan dia. Reason kedua adalah kerana Encik Steven mempunyai kereta tetapi tiada baby seat & kami bertiga (Encik D, Encik Steven & saya) buntu bagaimana kami mahu ke Liverpool & Manchester United (antara itenary kami). Akhirnya kami bersetuju untuk batal trip ke Birmigham & instead, Encik Steven mengambil train ke London (of course sambil mengungkit2 kerana sudah berbulan janji di buat..hahaha).
Maka dengan berbekalkan 2 bungkus biskut cap pingpong, sebungkus milo 3in1 dan dua bungkus nestum (itu kiranya sedikit) kami berjumpa di stesen underground yang terdekat dengan Bangunan Mara dan lunch di sana. Yummy, sedapnya makan lauk pauk melayu selepas dua minggu makan kebab & nasi beriani arab. Kalau di layan Encik Steven, dia mahu bolot kesemua luggage kami untuk di kirimkan barang makanan dari Malaysia & mungkin kami juga dipaksa mebawakan dia sebatang penyapu dari Malaysia.
Inilah Encik S.o.B. Comelkan dia. Mesti dia bunuh saya kalau dia tahu saya letakkan gambar dia di sini.
Untuk mengubat kekesalan hati kerana tak berjaya melawat Anfield stadium di Liverpool (untuk saya) & Old Trafford di MU (untuk Encik D), Encik S.o.B menemani kami melawat Chelsea stadium & kemudiannya ke Fulham FC stadium yang terletak di London sendiri. Ok lah, dari kempunan terus
Chelsea stadium
Fulham FC
Lain2 aktiviti
Seharian bersama Encik S.o.B, cukup puas bergelak ketawa. Teringat kenangan semasa kami berkerja bersama 10 tahun lepas. Encik S.o.B adalah salah seorang kawan rapat saya dan Cik Kentang sehingga kini. Antara kawan yang tak boleh bertukar ganti.
Kami menghantar Encik S.o.B ke Euston Station dan berjanji untuk ketemu balik di Malaysia selang beberapa minggu kerana Encik S.o.B akan pulang beraya Christmas di Malaysia.
Kami kemudiannya singgah di Angel station sebelum balik ke penginapan. Tujuannya sama seperti apa yang kami cari di Convent Garden station. Saya menanya sekitar akan kehadiran orang yang saya cari & selepas mendapat jawaban yang mengecewakan lagi, kami mengambil Train balik ke Barking. Akan saya update dalam satu update khas nanti.
What a good day to remember. Yang kurang cuma Cik Kentang.
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)




.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)

.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
duduk dlm prem pun bleh jd pemain bole eh?
ReplyDelete