Sunday, February 17, 2013

London #6

Hari ke enam di London.

Bermula dengan aktiviti yang sangat menarik.  Kami mengunjungi pasar minggu di Brick Lane tak jauh dari Liverpool street - Shoredithch High Street market.  Nice experience and cara terbaik mengenali penduduk setempat.  Tetapi sebab orang terlalu ramai saya agak cuak mengeluarkan camera saya, cuma sempat mengambil beberapa keping gambar untuk di kongsi.


Kami kemudian singgah ke Bricklane foodcourt..menarik.  Kami jumpa orang malaysia jual apam balik (re branded as Malaysian Pancake).  Perasaan bangga menujah melihat gerai apam balik di kerumuni ramai orang :)





Dari sana kami bergerak menuju ke Liverpool street underground


 Selepas mengambil lunch di kedai arab di Bricklane, kami menaiki underground menuju ke Hyde park.  Hajat di hati ingin menonton gelagat orang di Hyde Park's speaker corner. Memang terhibur melihat orang bergaduh sebab masing2 dengan pendapat masing2.  Isu agama menjadi isu utama di sini di antara orang Islam, Kristian & Jews.  Ketip sini untuk information mengenai speaker corner - Hyde park's speaker corner.


Sebelum hari gelap, kami kemudiannya berjalan melintasi Hyde park menuju ke arah Harolds yang tak jauh dari situ.

 Cantik juga Hyde Park.  Tupai liar berkeliaran walaupun tak sebanyak berbanding dengan James Park




Selepas berada di dalam Harold selama dua jam tetapi tidak berpeluang untuk membeli apa2 (pertamanya sebab harga2 barang di sini di luar kemampuan saya dan keduanya kerana baby SJ terlepas dari stroller dan berlari ke sana sini yang sangat membimbangkan saya kerana orang penuh sesak).  Apapun saya berpuas hati dan menyimpan hajat kembali ke sini sebelum balik jika berpeluang.

Dari Harold kami menaiki underground menuju ke James street & meninjau2 sekitarnya sebelum mengambil underground balik ke Barking.


Hari yang panjang dan sedikit memenatkan tapi berbaloi.








2 comments:

  1. pasar tani ke tu? ...hehehe. kalau pegi sy nk amik gambar dgn patung harrods tu la :))

    ReplyDelete