Adik Kepala Hitam (Adik KH) ada anak kucing terakhir yang saya belum cerita. Sebelum ada yang muntah darah baca pasal adik2, saya janji akan stop tulis pasal adik2 lepas ini sampai at least hujung minggu ni.. kaka. Adik KH adalah best friend kepada Adik Tompok. Adik KH & Adik Tompok seringkali bersama ataupun kami yang sesamakan dua2nya untuk mengelak Adik Putih & Adik Kuning dibuli & diwrestlingkan mereka berdua.

Adik KH adalah adik yang paling mat salih berbanding yang lain. Bulu dia lebih panjang (terutama jambul dia), muka dia lebih bulat & leper. Semenjak dua hari kebelakangan ni saya dapat rasa yang Adik KH semakin kuat membuli (mengalahkan Adik Tompok). She will make sure she get what she want. Cakar ke, pijak ke.. asalkan dia dapat. Kadang2 sambil saya memberi susu pada adik-adik, sambil saya gelak. Dan kadang2, saya menjerit2 mintak diaorang sabar & ikut turn masing2. Macamlah diaorang faham. Sekarang ini botol susu diconquer Adik KH dan perubahan paling ketara adalah badan dialah paling besar berbanding yang lain.
Sekarang Adik KH paling pandai menggunakan litter box tetapi sebelumnya adik KH lah yang paling suka melepas merata-rata. Minggu lepas, hidup kami kalau tidak memberi diaorang minum, adalah mengelap & mengemop lantai. I'm very glad that it is over.. rasa nak buat kenduri kesyukuran.
Adik KH paling rapat dengan Adik Tompok. Biasanya both of them akan main bersama2 dan both of them are rough. Sangat kasar. Calar-calar di kaki saya samada dibuat oleh Adik KH ataupun Adik Tompok. But at the end, bila dia penat bermain, dia akan datang kepada saya atau Encik D untuk bermanja. Pendek kata, sekasar manapun dia, dia tetap sama seperti yang lain.. tetap manja & tetap mencari kami untuk baring di riba kami. Dia hanyalah anak kucing yang sedang membesar & yang perlukan kasih sayang. I love her the same..
minggu pertama bersama kami
minggu lepas.. sudah mula chubby
minum time...
awat le tak bedak2 sikit ke, basuh muka ke hapa kalau nak amik gambar tu. nampak sangat mcm xde aktiviti lain selain isap botol....hahahaha
ReplyDeleteish.. cengdengki lah tu.. kucing kita comel
ReplyDelete