Tuesday, March 16, 2010

Kiri Kanan

Saya adalah orangnya yang ada masalah nak mengingatkan mana kiri dan mana kanan. Semasa kecik saya memang menyimpan cita2 untuk improve bila dah dewasa tapi sekarang bukan aje dah lewat dewasa, malah akan menyusur angka 40 dalam beberapa tahun lagi pun masih bermasalah dengan kiri dan kanan.  Pendekatan menggunakan term Left & Right juga tak beri kesan pada saya (saya boleh ingat yang Left tu kiri & Right itu kanan dengan mengingati jumlah huruf bagi dua-dua itu adalah sama tapi setakat itu saja lah)

Semasa saya kecik saya jugak ada masalah nak bezakan antara warna biru dan warna hijau.  Buta warnakah saya atau saya terpengaruh dengan arwah ayah saya yang juga ada masalah membezakan dua warna yang sama.  Tetapi saya lulus ujian warna sebanyak 2 kali. Pertama semasa saya nak ke tingkatan satu & kedua semasa saya nak masuk ke uni. Dan saya juga telah mengambil course yang perlukan saya passed the color blind test. Cuma semasa saya di tahun tiga saya mengalami masalah melihat melalui mikroskop 3D di mana di satu tahap saya tak dapat melihat objek 3D sehinggakan lecturer saya gave up memberi saya tunjuk ajar.  Bagaimana saya lulus exam? Saya meniru Cik Kentang.

Semasa kecik (sampai lah sekarang ni sebenarnya) kalau orang tanya saya mana kiri & kanan, saya akan cepat2 mengerling tangan saya kerana saya berjaya ingat yang jam di pakai di tangan kiri.  Kronik jugaklah ke'konfiusan' saya.

Saya selaku penunjuk jalan tetap pada Cik Kentang & Encik D selalu jugaklah di marah dia orang sebab tersalah bagitau arah kanan atau kiri. Terbaru, semasa kami melalui satu lorong pada minggu lepas, saya tersalah mengambik lorong kanan tetapi saya yang bersungguh mengata driver yang datang dari oppsosite way yang salah.  Siap tanya pada Encik D, tak sekolah ke orang tu?  Lepas itu, siappp.  Encik D tak habis2 mengejek saya.

Selain tu saya jugak ada masalah nak bezakan signage tutup & buka pintu lif.  Ada satu masa, kenkononnya nak jadi masyarakat yang perihatin, saya tersalah tekan butang tutup untuk tujuan nak bukakan pintu lift kepada orang.  Akibatnya teruk saya di herdik orang tu sebab dia hampir tersepit.  Sekarang saya berhenti dari cuba menolong orang bukakan pintu lift.  Sekurang2nya tak kan ada orang marahkan saya lagi di depan orang ramai. Membantu biarlah setakat terdaya ye tak.

Pendek kata.. saya penuh dengan kekurangan.  Ngeh Ngeh.

4 comments:

  1. sebagai seorang yang jugak serba kekurangan; saya susah nak ingat betis & peha...so, saya kena la ingat peribahasa..."beri betis nak peha" ;p

    ReplyDelete
  2. ehhhh....sambil2 tu... link ni selalu tak update...pasal ha? sebab konfius jugak ke?

    ReplyDelete
  3. huhuhuh..saya pun ada masalah yg sama tp tak sekronik PK la kot..mahehehehhe....pasal lift tuh penah terkena dgn gaya selamba tekan nak bg 'cik secretary' masuk n tak pasal2 kena himpit..hehehhehe

    ReplyDelete