Weekend lepas, saya, Encik D & Cik Kentang kelam kabut mempersiapkan rumah saya yang akan menerima kunjungan tetamu terhormat hujung minggu ini (refer Kisah Sengal 1, Mar 2010). Emak & 8 lagi ahli keluarga saya dijadualkan bermalam di rumah saya sebelum berlepas untuk mengerjakan umrah. Sebenarnya emak saya bukanlah garang cuma dia orang yang straight forward, dia akan bagitau apa yang dia tak berkenan & kami akan terkulat2 menelan kata-kata dia. Berbeza dari emak Encik D yang sedikit bersopan santun dalam memberi komen terhadap rumah kami. Jadinya saya sudah kurang panik menerima kunjungan emak Encik D berbanding emak saya. Dan saya dapat rasakan yang Encik D juga mempunyai perasaan yang sama seperti saya.
Cik Kentang bertungkus lumus menjahitkan langsir saya sepanjang sabtu. Dan saya bertungkus lumus memberi sokongan moral untuk Cik Kentang dengan berada di sisi Cik Kentang sepanjang hari. Selain dari berfungsi sebagai pemberi sokongan yang padu lagi jitu, saya juga mampu menolong mengunting kain langsir untuk di ambil alih oleh Cik Kentang kemudiannya. Serupa kerja di kilang saya rasa, masing2 ada tugas masing.. Cik Kentang yang meng'claim' yang dia berasa moody pada hari jumaat telah berjaya menyiapkan langsir-langsir saya tanpa ada unsur-unsur cubaan vandalism. Buatnya dia memilih langsir saya sebagai tempat melepaskan geram.. pasti saya akan ketar lutut.
Hari ahad di habiskan dengan kerja2 mendrill & memasang rod langsir. Akhirnya selepas 6 jam dan hampir kebulur, langsir kami siap di pasang. First comment dari Encik D adalah betapa gelapnya rumah kami selepas di pasang langsir. Dan malamnya kami tidur dengan kuasa kipas yang sangat tinggi. Keke. Kan saya dah cakap, i never like langsir.
Hari2 seterusnya di habiskan untuk memperlengkapkan diri dan rumah kami. Malam tadi kami bergegas membeli another kipas kerana memikirkan tetamu kami ramai. Tetapi sesuatu telah berlaku dimana dalam proses pembayaran, saya mendapat panggilan dari emak saya. Beritanya adalah bahawasanya mereka tidak akan bermalam di rumah kami tetapi di rumah abang saya. Dush.. terdiam saya sambil mengeluh dalam hati (tak berani nak mengeluh kuat-kuat sebab dari suara emak saya, saya dapat agak ini bukanlah masanya untuk saya meluahkan perasaan). Maka agak sia2lah penat lelah yang kami taburkan dalam seminggu ni. Kalaulah saya tahu dari awal, tidaklah saya berkejar ke sana sini untuk mempersiapkan rumah saya dan Cik Kentang bolehlah meneruskan perasaan moody dia tanpa segan silu dan menjahit langsir saya sekaki demi sekaki.
kalu x kelam kabut hari tu, ntah bila la pulak langsir tu nak siap, kan...dalam erti kata lain, tengok langsir tu selalu la teringatkan kesusah-payahan kita membongkok2 nak siapkan dia...hehe. sila jugak jangan rosakkan langsir tu sebab i tak kosser tau kalau nak suruh jahit lagi...!!
ReplyDeletemuahehehhehe....sib baik siap last week..coz semalam cik kentang lagiii moody..huhuhuhuhuhu
ReplyDeletepost la gambor nih...katil n langsir baru ye..ni kucing jek slalu enterprame...
ReplyDeletehehe.. dia biasalah, bila mulut tak boleh mengunyah mesti dia moody.
ReplyDeletepasal hangin la maka tuhan dah balas... ;p
ReplyDelete