Wednesday, April 14, 2010

Kisahnya

Semalam pagi, Encik D telah balik ke kampung atas urusan keluarga & saya terpaksa meminta tolong makcik sebelah emak Wonderpet mengambil alih tugas Encik D.  Makanya saya rutin saya agak ketat semalam. 

Saya perlu memastikan semuanya lancar, Wonderpet di bekalkan dengan alat2 senjata dia - teddy bear, baju extra, buku conteng, pensil, makanan dan air sebelum menyerahkan Wonderpet kepada makciknya sebelum saya bertolak ke office. Bukan masalah tidak percayakan makcik Wonderpet tetapi memikirkan makcik Wonderpet juga bekerja dan perlu membawa Wonderpet ke pejabatnya.  Saya rasa baiklah saya memudahkan dia.  Saya juga perlu memastikan Encik D tidak lupa membawa balik pakaian ke kampung. 

Akhirnya saya terlambat (macam tak biasa, tanpa reasonpun selalu terlambat) ke office & ini juga bermakna Cik Kentang juga akan terlambat ke pejabat.  Waktu pejabat saya agak flexible, sekadar terlambat 1 jam masih di kira ok, tetapi sebaliknya dengan Cik Kentang.  Makanya setiap kali keluar topik punch card merah, Cik Kentang akan menunding jari ke arah saya tanpa segan silu.  Nasib baik saya berhati kental, kalau tak maunya saya terkecil hati.. kuang! kuang!  Alah lewat 5 minit pun takkan lah berkira, apa lah punya sistem.. we live in modern world, think like a modern employer... iskh, ini dah kira mengutuk employer Cik Kentang (yang Cik Kentang panggil Golum).  Satu hari kalau saya apply kerja di sana mesti saya direject sedari awal.

Hari ini, memandangkan Encik D masih di kampung, dan saya tak dapat escape dari workplace (plan asal nak ambik emergency leave) tetapi atas dasar tanggungjawab (ececece) saya telah berjaya mengarrange supaya Wonderpet stay bersama my another kakak ipar di Ampang sementara saya ke pejabat.  Mulanya Wonderpet agak reluctant untuk ke rumah kakak ipar saya (maybe sebab takde kanak2) tetapi saya & kakak ipar sepakat merasuahkan dia dengan tawaran ke zoo negara. Dengan gembira Wonderpet sanggup.  Makanya, untuk sampai di office sebelum punch card Cik Kentang bertukar ke merah, kami perlu keluar dari rumah sebaik azan subuh dilaungkan.  Tetapi, saya terlambat juga lagi.. saya berjaya meninggalkan rumah selepas 20 minit azan subuh dilaungkan.  Inilah akibatnya ada 4 anak kembar yang perlu di beri susu sebelum meninggalkan rumah (kukuhkah alasan saya wahai Cik Kentang?).  Wonderpet di heret di dalam pyjama dan rupa wonderpet serupa rupa anak pelarian perang yang dah seminggu tak mandi.

Dalam pada itu, hati saya sedikit berbunga2 sejak2 bergelar bujang ni.. kata orang (atau kata saya seorang ni?), kadang2 kita perlukan our own space.. i got it & i enjoy it. Walaupun my freedom akan berakhir hari ini, saya sudah puas hati..

3 comments:

  1. saya early, early in hari ni & semalam late, late out...so kira2nya dah ganti la tu kan untuk 2,3,4,5 bulan sebelum ni...hahahha

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. Ada gaya late-late out again today.. makanya dalam jangka masa 6 bulan ni i selamat dari di tuduh lembab .. kaka

    ReplyDelete