Selepas berjaya menyengalkan diri on hari ahad lepas, saya dengan tak sengaja menyengalkan diri dengan lebih dasyat pada hari Isnin.
The Company telah terlibat dengan satu exhibition pada hari isnin dan selasa lepas. Dan saya (dan lain-lain technical personels) selaku kuli di The Company telah di arahkan untuk menjaga booth (sama seperti tahun-tahun lepas). Cuma kami bernasib baik tahun ni sebab kami tak perlu pakai uniform company (tujuan uniform company di pakai bukanlah mengenalkan company kepada crowd tetapi adalah untuk membezakan kepada crowd siapa The Company's managerial level dan siapa kuli level). Bayangkan, all the bosses will wear suits and all the kuli will wear the same T-shirt that we have wore over the past 3 years. Sangat berbezakan penampilan kami sedangkan kelulusan kami bukanlah berbeza sangatpun. Cuma kami the kuli ni tak cukup lawa untuk di angkat menjadi Pengurus kecik. Cubalah kami ni lawa, pasti hari2 Encik Pengurus besar memujuk kami untuk menjadi escort dia walaupun kami meronta2 nak jadi kuli aje. Kui Kui
Saya telah merelakan diri untuk bertugas disebelah petang. Alasan saya (secara rahsia) kerana kebiasaannya crowd yang datang pada sesi petang adalah kurang berbanding sesi pagi & dengan ini mungkin saya akan berjaya me'escape'kan diri saya dari kena buat stand presentation di booth. Saya yang pemalu bangat ini memang masih belum membiasakan diri saya bercakap di depan crowds. Walaupun dah banyak kali saya di paksa buat stand presentation, saya masih gagal berdiri dengan confident (maybe ada sekali saya berjaya menarik crowd semasa saya buat stand presentation di satu exhibition di Jakarta beberapa tahun lepas.. tapi yang selebihnya hampeh!!!!)
Di atas sebab saya hanya bertugas di sebelah petang, makanya saya berada di kantor di sebelah pagi.. menyiapkan kerja kami yang bertimbun (kenkononnya walaupun pada masa yang sama masih sempat berFB dan menulis entry). Tiba2 seperti tahu-tahu Cikcuba yang juga akan bertugas di sesi petang menceritakan kepada saya tentang aktiviti dia dihujung minggu iaitu mengunjungi sebuah kedai perabut yang sedang berjualan. Akibat dari pengaruh dari kunjungan ke Ikea malam sebelumnya, saya bergegas menggesa Cikcuba menunjukkan jalan ke kedai perabot.. Kami curi2 keluar dari kantor pukul 11.20 a.m (maklumlah bosses semuanya berada di exhibition hall) dan kami bergegas ke kedai perabut yang bukanlah dekat langsung dengan pejabat (20 min drive jugalah, termasuk sesat lebih kurang 5 minit).
Sesampainya di sana, saya bagai di suruh2 sungguh terpegun dengan keayuan sebuah katil yang berwarna putih (saya memang suka perabut putih, tetapi koleksi kami barulah secipun & dek kerana menunggu utk jumpa katil putih yang cantik & murah at the same time, tilam kami masih beralaskan lantai). Saya call Encik D & saya menceritakan pada Encik D pasal katil (dengan gaya sebak2 sikit.. nak memancing approval kena pandai berlakon.. ngeh! ngeh!). Iskh.. iskh.. jambu batu yang di idam, strawberry yang datang. Encik D memberi kebebasan untuk saya buat keputusan.. malahannya dia menolak untuk melihat katil tu sebelum sama2 decide. Strawberry yang datang, strawberry lah yang diterima.. jangan lah pulak berkeras nak jambu batu. Saya lantas membayar duit deposit & baliklah saya ke kantor sebelum ke exhibition hall dengan tersenyum simpul. Makanya sekiranya nampak muka saya bertukar menjadi pucat di hujung bulan nanti, itu maknanya saya tak cukup makan sebab sekarang saya dah pokai. Sungguh sengal saya kan.
sila jangan muka monyok di akhir bulan nanti ye...saya tidak akan terlibat dengan mana2 cerita sedih ;p
ReplyDeletehaha.. nak kena praktis cakap "donate for the neededdd".. gaya2 ayu & manja
ReplyDelete